Datuk Tengku Sariffuddin bin Tengku Ahmad (Press Secretary to the Prime Minister of Malaysia)
Rafizi ini sememangnya ingin mencari publisiti murahan dengan membuat fitnah. Kali ini dia telah menfitnah YAB Perdana Menteri dengan menuduh segala perbelanjaan pertunangan Perdana Menteri, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev menggunakan wang PMO.
Kononnya dia ada bukti berkenaan satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La, yang menyediakan katering untuk majlis pertunangan anak Perdana Menteri yang melibatkan kos berjumlah RM409,767 dibilkan ke atas Pejabat Perdana Menteri,Dimanakah bukti yang mengatakan bil itu dihantar ke pejabat Perdana Menteri?
Ternyata isu ini sengaja ditimbulkan bagi menerbitkan rasa benci rakyat terhadap kepimpinan kerajaan dengan cuba memberi persepsi buruk kepada YAB Perdana Menteri. Sebenarnya mereka telah berada didalam keadaan yang 'goyah' dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang setelah YAB Perdana Menteri kini sangat popular dan disayangi rakyat.
Adalah dinasihatkan bahawa SAMAN sahaja orang sebegini bagi memberitahu kepada rakyat bahawa tanggungjawab menyatakan kenyataan di khayalak ramai.
Terang-terang Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.
“Majlis pertunangan tersebut tidak langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.
Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu.
AKHIRNYA RAFIZI NYATAKAN:
HM: Lain kali, tanyalah dulu, jangan main sebat jaa...tengok?apa sudah jadi?sapa yang tanggung malu?
No comments:
Post a Comment