Pada pertandingan UMNO kali ini, HM yakin kepada calon yang diketengahkan oleh Putrajaya untuk bertanding di dalam Majlis Tertinggi UMNO yakni Saudara Tun Faisal Ismail Aziz mampu membawa perubahan kepada UMNO pada masa hadapan.
HM juga berpendapat, apabila beliau di dalam Majlis tertinggi UMNO dan pengalaman yang beliau ada boleh memastikan bahawa Jentera - jentera Barisan Nasional lebih tersusun khususnya jentera jentera maya UMNO dan Pro-Kerajaan. Jentera- jentera maya di dalam alam siber memang memerlukan pemimpin yang kuat dan mempunyai intelektual yang tinggi bagi mematahkan persepsi pembangkang yang saban hari cuba memfinah kerajaan Barisan Nasional.
Mungkin di kalangan perwakilan peringkat bahagian ada yang masih belum mengenali Tun Faisal secara peribadi atau lebih dalam, tetapi apa yang penting ialah, Tun Faisal telah memberikan khidmat saban tahun dibelakang tadbir alam maya supaya PRU13 menyebelahi kepada Barisan Nasional. jika ingin mendalami siapakah beliau sila ke link yang diberikan >KLIK SINI
HM berpendapat bahawa Saudara Tun Faisal mampu memberikan nafas yang baru kepada UMNO untuk mengharungi landskap baru yang trend masa kini melihat bahawa majoriti pengundi muda menguasai kehendak rakyat dan HM yakin dengan pengalaman beliau ada mampu menambat hati pengundi dan rakyat.
UMNO perlu melakukan perunahan yang drastik jika mahu berubah dan mahu ditransfomasikan menjadi Parti siasah yang kuat dan kemenangan besar Barisan Nasional pada PRU14.
Sudah tiba masanya kesemua sayap perlu mengundi pemimpin ini dan kita perlu fahami bahawa pengamal media sosial dalam media baru perlu diletakkan sebaris dengan Ahli Majlis Tertinggi supaya permasalahan rakyat khususnya dapat disampaikan secara terus kepada UMNO disamping menjaga kedaulatan maruah UMNO daripada tohmahan pembangkang dan perlu dijawab dengan segera bagi menambat hati rakyat.
Pemuda UMNO juga meletakkan Tun Faisal sebagai salah seorang 4 calon baru Pemuda didalam Majlis Tertinggi UMNO dan menjadi tanggungjawab seluruh ahli-ahli UMNO khususnya pemuda UMNO memilih pemimpin baru supaya harapan meremajakan UMNO menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment