Lagi sekali Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dikejutkan oleh Presiden Putrajaya Tan Sri Aseh dengan membawa imej barat dengan alasan hanya untuk menarik pembawa motor-motor besar untuk datang ke Putrajaya.
Dan sudah tentulah tempat ini juga akan menjadi satu tarikan golongan berada atasan serta golongan istana untuk berada di putrajaya dan itulah hiburan yang semata-mata dibangga-bangga oleh golongan atasan sedangkan merobek hati-hati golongan marhaen yang kebanyakkan hanya golongan bawahan seperti HM menduduki di Kuarters Kerajaan.
Adakah perkara ini turut akan terkena tempias kepada komuniti Putrajaya yang ramainya adalah golongan pekerja kerajaan yang berkeluarga yang juga mempunyai anak-anak kecil yang baru meningkat naik? Adakah komuniti bersetuju dengan Cadangan ini bagi memperkemaskan lagi Putrajaya sedangkan kita tahu bahawa Putrajaya yang mencerminkan lambang keislaman yang juga dibawa oleh oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad? Adakah Presiden Putrajaya lupa tentang ketamadunan Keislaman Putrajaya dibina dengan bermula dengan Masjid Putra?
HM berasa amat hairan dengan sikap Presiden Putrajaya yang tidak menghiraukan perasaan komuniti sehinggakan cadangan ini diwarwarkan di Facebook dengan membuat sesi lawatan tapak di presint 3 di Menara Ikhlas tanpa dibawa berbincang dengan komuniti setempat dahulu tentang implikasi terhadap pembangunan belia dan anak -anak muda di Putrajaya.
Dengan bangganya pengumuman dibuat berhadapan dengan media oleh Presiden Perbadanan sendiri tentang pembukaan Hard Rock Cafe yang tidak sampai 3bulan juga jelas mampu menarik golongan-golongan yang meminum arak dan mampu menarik ke lembah maksiat di Putrajaya dan akhirnya Putrajaya jatuh sebagai lembah maksiat.
Ini juga akan merosakkan nama baik Menteri Wilayah yang juga Ahli Parlimen Putrajaya YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang banyak menekankan tentang Tamadunan Keislaman perlu dibentuk di Putrajaya tetapi akibat Hard Rock Café ini mampu menjejaskan segala perjuangan keIslaman yang kita bawa sebelum ini.
HM tidak menyangka Presiden Putrajaya tidak faham tentang sejarah Putrajaya adalah ini pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua. Atau dengan menukarkan logo Perbadanan sebelum ini Adakah Presiden Putrajaya ingin membuat sejarah baru dengan mengepikan Matlamat Tun Dr.Mahathir Mohammad didalam membina Tamadunan Islam di Putrajaya?
Putrajaya juga mempunyai komposisi penduduk hampir 95% diduduki oleh orang melayu, dahulu dizaman penjajah orang british tidak menghormati adat dan istiadat orang melayu Islam dan pada kali ini orang melayu sendiri dilihat menderhaka terhadap adat dan budaya orang Melayu Islam . Apakah Presiden Putrajaya tahu tentang ketamadunan yang diimpikan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad yang meningkatkan darjat orang melayu dengan pembinaan Putrajaya dengan penuh dengan ciri-ciri imej dan adat-adat melayu dan kesenian Islam tanpa dicemari dengan budaya-budaya barat? Mohon fikirkan bersama.
HM bersama-sama dengan seluruh pemimpin komuniti menolak dengan cadangan untuk Hard Rock Cafe ini di Putrajaya. HM akan membuatkan sehingga perkara ini dibatalkan secepat yang mungkin. HM tiada masalah jika Hard Rock Cafe dibuka di Cyberjaya kerana penghuninya ramai orang asing dan bukan ditempat orang Melayu dan penganut Islam. Budaya hiburan Muzik tanpa batas dan terkinja -kinja dalam cafe dan dipenuhi minuman keras serta disajikan dengan artis yang terpekik terlolong itu bukanlah adat melayu dan mampu menambah gejala kemaksiatan di Putrajaya.
HM menyatakan bahawa jika benar Presiden Putrajaya ingin menarik lebih ramai pelancong lebih banyak; gunakanlah pegawai-pegawai bijak pandai didalam perbadanan dan pastikan sentiasa berbincang bersama komuniti bagi mewujudkan pelbagai aktiviti mampu dibuat supaya pelancong bertambah ke Putrajaya dan bukan hanya Hard Rock Cafe sebagai pilihan utama.
HM yakin bahawa Tan Sri Aseh mampu membuat keputusan yang bijak dan janganlah disebabkan ingin menarik kekayaan Perbadanan dan menarik golongan-golongan berada dan atasan ke putrajaya, Tan Sri Aseh merosakkan ketamadunan Melayu Islam yang dicipta oleh pemimpin sebelum ini.
No comments:
Post a Comment