Tuesday, May 27, 2014

KANTOI !! #OmakKau @Nomy69 BOHONG KABURI MATA PENGUNDI PAKATAN TOLAK @Dyanasmd PENIPU #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #JompilihMah




Blog Omakkau cuba mengaburi mata rakyat yang membaca blognya dengan kononnya ingin menegakkan benang yang basah akibat Dyana Sofya membohongi rakyat tentang perakuan seorang Peguam. HM faham bahawasanya mungkin Omakkau tidak faham atas kenapa dia ini tidak boleh membezakan Pengamal Undang-undang dan Peguam kerana mungkin tahap pendidikannya yang rendah.


Kenapa kita kata Dyana bukan seorang peguam?
Kita memang faham bahawasanya dia adalah seorang pengamal Undang undang tetapi jelas ditunjukkan bahawa Dyana adalah bukan Peguam adalah berdasarkan perakuan yang ditunjukkan dalam blog Omakkau ini yang telah tamat tempoh menyebabkan dia tidak boleh dipanggil peguam. boleh dilihat secara mata kasar dibawah:-


Bagaimana rakyat Malaysia boleh mengetahui seseorang itu peguam atau tidak?
HM juga menggalakkan rakyat Malaysia mengetahui bahawasanya dalam mengesahkan sama ada seorang itu peguam bela dan peguam cara dengan melayari laman sesawang Majlis Peguam Malaysia di www.malaysianbar.org.my dan klik pada “Directories” atau membuat panggilan telefon kepada Sekretariat Majlis Peguam di talian 03–2050 2050.


Penjelasan Tamat Tempoh Diakui Dyana?
Penjelasan Dyana telah dibuat oleh dia sendiri mengatakan bahawa Sijil Perakuan telah tamat Tempoh. Dari segi undang-undang juga telah dinyatakan sendiri didalam perakuan seorang peguam adalah berlandaskan kepada perakuan yang disahkan serta ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi dan mempunyai tempoh yang ditetapkan mengikut sijil perakuan. Jika telah tamat tempoh, makanya Dyana tidak layak dipanggil Peguam dan hanya pengamal Undang Undang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...