Saturday, May 31, 2014

PAS HILANG KREDIBILITI #PRKTelukIntan @P076Telukintan @Tengkuadnanreal


DAP MENANG DI TELUK INTAN

Dalam pilihanraya kecil di Teluk Intan, pemenangnya ialah DAP.

Pertama, DAP menang dalam persaingannya dengan PAS. Ia berjaya meletakkan lawannya dalam PR dalam keadaan tersepit dan tercalar imej. PAS hilang kredibiliti sebagai sebuah parti berprinsip dan bermaruah apabila ia cuba mempertahankan calon DAP yang tidak bertudung dan dikatakan menolak hudud. 

Kedua, DAP menang dalam usaha menjadikan Barisan Nasional kelihatan tidak mampu melakukan transformasi dan gagal meletakkan calon muda (walaupun hakikatnya, Lim Kit Siang adalah dinasour!). 

Ketiga, DAP menang kerana berjaya meletakkan dua orang Cina dalam kabinet, apabila PM mengumumkan ahli parlimen Teluk Intan sebagai seorang lagi menteri, bersama MCA. Walaupun bilangan ahli parlimen Cina sedikit, namun secara proporsi ia mempunyai perwakilan yang tinggi dalam kabinet. 

Keempat, DAP menang kerana berjaya menunjukkan bahawa ia tidak rasis dengan memberikan peluang kepada calon Melayu, malangnya calon Melayu itu tidak mempunyai kredibiliti (bukan salah DAP, tetapi salah Melayu!) Dia bukan peguam seperti Ramkarpal Singh Deo. Dia juga tidak sedar asal usul apabila mencerca UITM yang memberikannya ilmu. Selain rupa, calon Melayu DAP tidak ada apa-apa yang boleh ditawarkan. 

Kelima, DAP berjaya menunjukkan kepada rakyat Sarawak yang akan menghadapi pilihanraya dua tahun lagi bahawa ia adalah sebuah parti yang progresif dan multi-racial. Ramai orang, termasuklah dalam Barisan Nasional, yang tertarik dan "geli-geli" dengan imej muda yang ditampilkan oleh DAP di Teluk Intan, terutama pada peringkat awal kempen. Tak mustahil itu jugalah yang akan dirasai oleh pengundi pilihanraya negeri di Sarawak dua tahun lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...