Monday, November 28, 2011

7 Wasiat dan Amanat Untuk Bangsa Melayu Perlu Diikat didalam hati Melayu bagi memelihara Kedaulatan Melayu




Apa guna orang bertenun

Untuk membuat pakaian adat

apa guna orang berpatun

Untuk mengingat petuah amanah

Apa guna orang bertenun

Untuk membuat kain dan baju

Apa guna orang berpantun

Untuk mengangkat tuah melayu

Sumber : TUN FAISAL

Esok, Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan bermula. Ini adalah perhimpunan terbesar umat Melayu yang diadakan setiap tahun di negara kita. Dalam Perhimpunan Agung UMNO, suara dan usul daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi dan dasar-dasar UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional dibahaskan. Ia juga satu perhimpunan yang merapatkan ukhwah dan semangat perpaduan di kalangan rakyat yang menyokong UMNO, ahli dan pemimpin UMNO.

Tidak syak lagi, ini adalah himpunan orang Melayu dan umat Islam negara ini yang terpenting dan akan menentukan agenda dan hala tuju perjuangan memartabat Agama, Bangsa dan Negara.

Bagi setiap yang hadir sebagai perwakilan, INGATLAH bahawa anda adalah pembawa suara akar umbi UMNO; suara mereka yang tidak berkesempatan dan berpeluang untuk menjejakkan kaki ke PWTC apalagi ke dalam dewan-dewan persidangan UMNO, tetapi tetap utuh dan kukuh sokongannya terhadap UMNO. INGATLAH bahawa UMNO terus diberkati dan dirahmati Allah swt kerana doa dan sokongan rakyat biasa seperti mereka ini.

Jadi jangan sia-siakan kehadiran anda di sini. HAYATI 7 Amanat Presiden dan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Bawa dan kongsikan pengetahuan dan pengalaman yang didapati ini kepada mereka. Insya-Allah UMNO akan terus kekal relevan dan menjadi pilihan umat Melayu dan umat Islam yang berketurunan lain di negara ini. Amiiin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...