<!--[if gte mso 9]>
Sudah tiba masanya rakyat Kelantan menilai sejauh mana kemungkaran yang berlaku di Kelantan yang dikenali sebagai negeri yang mempunyai Bandar Serambi Mekah. Bandar yang bersih sudah dicemari setelah Nik Aziz memperjauhkan Perjuangan PAS didalam membina empayar Negara Islam. Apabila dijatuhkan misi menubuhkan Negara Islam disebabkan Pakatan Haram, PAS ditimpa musibah.
Ikut selanjutnya kisah dibawah:-
Nota Dari Blog TUNFAISAL:
#SaveKelantan Disko Di Serambi Mekah: Nik Aziz memang masalah! Masa untuk gulingkan...
Dari Blog DOUBLE YY
Ini bukan wajah sebenar Agent Johnson Ok! |
Menurut blog Kickdefella - Agent Johnson baru-baru ini selesai dengan misinya menjelajah disko-dut yang terletak di Kelantan sebuah negeri yang dikenali dengan nama 'Serambi Mekah'.
Disko-dut ini juga dikhabarkan ada menghidangkan minuman keras tidak ubah seperti negeri yang diperintah oleh 'kafir' UMNO.
Dari blog Kickdefella :
Siapa kata di Kota Bharu Bandar Raya Islam tiada disko? Siapa kata Kerajaan PAS Kelantan berjaya menyelamatkan adik-adik kita dari terbiak di dalam budaya kuning? Agen Johnson tak kata.
Baru-baru ini Agen Johnson baru selesai operasi Disko-Dut di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Agen Johnson meredah 3 pusat hiburan, dua darinya menghidangkan minuman keras dan satu darinya beroperasi sehingga subuh.
Semuanya di Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Semuanya dirakamkan dengan bukti, tarikh dan waktunya sekali.
Bagaimanapun bagi tujuan keselamatan, tarikh ini hanya akan diberikan kepada pihak berkuasa di atas permintaan rasmi.
Kita tahu Kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan lesen menjual arak atas alasan arak tidak diharamkan oleh agama lain sebagaimana judi? Tetapi bagaimana dengan lesen atau permit operasi pusat hiburan sehingga lewat malam?
Adakah dikeluarkan oleh MPKB Bandar Raya Islam dan lain-lain PBT. Adakah agama lain membenarkan berpoya-poya sehingga lewat malam? Atau alasannya sebab di Mekah pun ada juga tempat berpoya-poya sampai lewat malam?
Nantikan siaran penuh video tersebut yang menunjukkan apa sebenarnya yang terjadi di Bandar Raya Islam sewaktu pemimpin-pemimpin PAS sedang sibuk berceramah mahu mengambil alih negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional atas dasar mahu membersihkan segala maksiat dan budaya tidak sihat.
Sabar menanti..YY : Kita samo-samo tunggu deh...hahaha!
HM: PAS PERLU KEMBALI,JIKA TIDAK KITA KENA SEDAR BAHAWA PAS TIDAK MAMPU LAGI PEMBAWA SYIAR ISLAM DI NEGARA INI.
No comments:
Post a Comment