Semasa mendengar ucapan Datuk Razali mengenai AUKU, HM kembali teringat menjadi ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan juga pada satu masa dahulu satu batch menjadi perwakilan pelajar bersama Saiful Bukhari, memang dari dulu lagi isu AUKU perlu dipinda telah dimainkan dan mahasiswa perlu tahu pindaan AUKU telah dibuat pada Pindaan pada tahun 2008. Kita tidak hendak melihat kualiti mahasiswa merundum jatuh atas disebabkan ketidakseimbangan diantara politik dan pengajian yang diambil oleh mahasiswa itu sendiri.
Kenapa perkara itu terjadi?
Jelas apabila seseorang mahasiswa yang amat fanatik perjuangan sesuatu parti akan menyebabkan pengurusan masa terganggu atas disebabkan minat terhadap politik melangkaui tahap kecerdasan minda didalam penumpuan pembelajaran. Apabila kerosakkan keseimbangan mental dan fizikal untuk memfokuskan kepada pembelajaran lalu punggutan mata (CGPA) pengajian menurun dan akhirnya mahasiswa itu digugurkan daripada Universiti. Digugurkan atas fanatik terhadap sesuatu parti tidak boleh dimaafkan untuk menyambung pengajian kerana hilang fokus.
Dari persepsi Jentera Parti memang tidak dinafikan bahawa apabila jentera parti lemah lalu Parti sanggup mengambil apa sahaja peluang yang ada seperti memanipulasikan mahasiswa sebagai alat atau medium yang paling sesuai untuk menyuarakan hasrat Parti dengan satu objektif memenangi hati rakyat. Itu memang sudah sedia maklum dan kita dapat lihat bahawa tiada apa-apa kelebihan yang diberikan kepada mahasiswa yang sudah menabur bakti terhadap parti. Adakah parti akan menjamin kehidupan selepas keluar daripada Universiti?adakah parti akan mengambil mahasiswa sebagai pekerja tetap dengan gaji minimum RM1500 seperti yang ditaburkan Khalid MB Selangor?saya jamin seratus peratus tidak pernah mahasiswa yang telah menjualkan fokus belajar lalu diambil berkerja dengan parti dengan gaji yang lumayan. Percayalah.
Dan sebab itulah dengan adanya AUKU menyebabkan Mahasiswa terjamin. Kita perlu faham mengapa kerajaan buat ini semua. Adalah untuk menjamin kesejahteraan golongan muda supaya menjadi graduan yang berkualiti untuk memimpin Negara kelak.
HM: tidak ada masalah untuk menyertai tetapi biarlah habis belajar.
Keterangan lanjut:Blog TUN FAISAL
Pindaan AUKU Langkah Tersusun Kerajaan Iktiraf Mahasiswa
Langkah kerajaan untuk meminda Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan sahaja satu pengiktirafan kepada mahasiswa tetapi juga menunjukkan langkah tersusun kerajaan ke arah mengasah bakat kepimpinan mahasiswa di negara ini.
Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata jika sebelum ini pindaan akta itu membolehkan mahasiswa terlibat di dalam pertubuhan belia, namun komitmen kerajaan hari ini bakal memberi peluang yang lebih luas kepada golongan berkenaan.
Menurut beliau mahasiswa perlu mengambil kesempatan berkenaan dengan memiliki serta mengambil ilmu pengetahuan yang cukup dalam usaha menonjolkan kepimpinan serta idea mereka.
“Kita buat ini sebab kita iktiraf kepimpinan mereka dalam usaha untuk mematangkan mereka dalam persatuan di luar kampus. Peringkat seterusnya sudah tentu untuk mereka dedahkan kepada politik sebenar.
“Ianya adalah satu galakan dan pengiktirafan kepada mahasiwa untuk terlibat secara langsung dalam proses pembinaan negara dan saya menaruh harapan tinggi agar ianya tidak digunakan kesempatan untuk sebaliknya.
“Inilah peluang yang diberikan kepada mahasiswa untuk menunjukkan kematangan tanpa membiarkan diri mereka dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Ini secara tidak langsung merupakan bukti transformasi yang cuba dilaksnakan oleh Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan benar-benar serius menjelang negara maju 2020,” katanya.
Razali yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah langkah berkenaan juga seiring dengan pendirian pergerakan itu yang mahu perkara tersebut diteliti dan dinilai semula demi kepentingan mahasiswa.
“Isu pindaan terhadap AUKU ini telah dibuat sejak daripada dulu lagi…..Rakyat kena mengimbau perkara ini bukan perkara yang disebut semalam.
“Tambahan pula Pemuda BN berulang kali menyatakan pandangan bahawa sudah sampai masa untuk kita melihat semula AUKU ini dan akhirnya dilaksanakan dan rakyat kena ambil kira bahawa bukan hanya kenyataan politik tetapi kesungguhan itu telah ditunjukkan oleh kerajaan selepas ianya diperkatakan bertahun lamanya… pada kita dia hanya bercakap,” katanya.
Beliau seterusnya berkata ianya adalah waktu terbaik untuk mahasiswa mengambil terhadap pengiktirafan tersebut.
“Ini adalah kesempatan yang cukup baik untuk digunakan dan saya harap sekali lagi tidak akan ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan perkara ini apabila mahkamah membuat keputusan di mana kerajaan memutuskan untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya sebagai satu proses perundangan.
“Saya rasa tidak ada kena mengena dengan kes yang sedang berlangsung kerana selepas satu persatu pengiktirafan kepada hak bersuara di kalangan rakyat dilakukan di bawah transformasi politik Perdana Menteri,” katanya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment