Monday, November 28, 2011

BELIA SELANGOR MULA TUNJUK TARING BUKTIKAN PKR SELANGOR LEMAH



Video ini jelas bahawa Belia selangor mengalami krisis pembangunan mereka sendiri akibat pengurusan kerajaan negeri yang hanya mementingkan imej supaya PRU 13 dapat ditakluki.

Belia selangor perlu berbuat sesuatu,jika tidak sampai bila kita ingin ditindas oleh kerajaan negeri selangor.

Ikuti Bukti-bukti yang disebutkan:-

Komen 1:BUDGET

Kurang penguraian penambahbaikan pembangunan belia, pusat pembangunan belia dijual. Melupuskan aktiviti pembangunan belia bagi menambahkan dana walhal belia yang menjadi mangsa.

Komen 2: YAYASAN SELANGOR

Penjualan Asrama Yayasan Selangor menyebabkan belia daripada keluarga miskin Selangor mengalami krisis kewangan kerana tiada bantuan penginapan yang selama ini diberikan kepada mereka untuk pembelajaran.

Komen 3: AUKU

Semua Mahasiswa dibuang apabila tidak persefahaman politik,bukan sahaja mahasiswa malah Pensyarah yang memberikan pandangan bertentangan politik. Dan Kesemua Mahasiswa UNISEL tidak diberikan duduk di hostel disebabkan latar belakang keluarga BN

Komen 4:MAJLIS PERUNDINGAN BELIA SELANGOR

Ketandusan pergerakan belia apabila Persatuan yang bukan dibawah majlis perundingan belia muncul seperti cendawan tapi Majlis menentang pergerakan mereka kerana tidak berada dibawah satu payung Majlis Perundingan Belia Selangor.

Komen 5: AUDIT

Terdapat berlaku penyelewengan billboard digunakan untuk publisiti agenda Parti, Duit Rakyat dan dana rakyat diseleweng hanya untuk mengunakan promosi parti dan bukan promosi perlancongan.

Keua Audit melihat pengurusan mereka adalah lebih baik dengan dana 1200juta simpanan dan jika diselidik sedalam-dalamnya,Kebanyakkan asset kerajaan negeri telah dijual untuk mendapatkan badget surplus. Hal ini menunjukkan bahawa ketidakbolehan mereka mendapatkan badget surplus menyebabkan mereka menjual Aset. Hal ini amat membahayakan kerana asset dijual bagi menutup kelemahan mereka.

keterangan lebih lanjut:KL BOYZ

HM:BN Pilihan orang Muda!,Save Selangor!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...