Sunday, November 6, 2011

CHEGU BARD MULA SPEKULASI SALAH FAKTA MENGENAI ISU BERSIH

Tidak memohon maaf mengenai cincin rosmah, Chegubard mula buat spekulasi palsu mengatakan telah mengetahui Perdana Menteri akan membubarkan parlimen pada 11 November dan pilihan raya 10 disember.

Kenyakinan Chegubard mengingatkan kembali kepada si Anwar Ibrahim yang ingin merampas putrajaya pada 16 september yang lalu dan akhirnya diam dan terkedu. Kali ini kita akan lihat Chegubard pula yang terkedu apabila yakin dengan kenyataannya bahawa PM akan mengadakan pilihan raya pada 10 Disember.


Ditambah pula dengan CikguBard spekulasi mengatakan pembaharuan sistem pilihanraya 13 belum dilaksanakan dan patut ditolak implementasi pilihanraya sebelum pembaharuan dibuat.
Keyakinan Chegubard lagi mengatakan bahawa kemungkinan Rakyat akan turun sekali lagi bagi menolak UMNO kerana gagal mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil.
Saya ingin mengatakan bahawa jika tidak adil,masakan PAS,PKR dan DAP mampu bertarung hampir BN gagal merampas 5 Negeri pada pilihanraya ke 12?


Jika Chegubard menyatakan tentang Usul Bersih 2.0 tentang sistem pilihanraya dan kita sudah sedia maklum SPR telah menjawab dan menimbang usul-usul yang dibangkitkan sewaktu bersih 2.0. Dan buktinya adalah seperti dibawah:



a. SPR perlu melaksanakan pembersihan dalam daftar pemilih.
b. SPR perlu melakasanakan pembaharuan dalam sistem undi POS.
c. SPR perlu melaksankan pengunaan dakwat kekal.
d. Tempoh Berkempen 21 hari.
e. Memperkukuhkan Institusi Awam.
f. Memberhentikan Amalan Rasuah.
g. Memberhentikan Amalan Politik Kotor.

Spr hanya akan membincangkan perkara a – d sahaja, ini adalah kerana menurut SPR, hanya perkara tersebut yang ada dalam bidang kuasa mereka.

Ulasan 4 Perkara Cadangan Bersih yang di nyatakan oleh SPR.

1. Bersih Nama Daftar Pemilih.
- SPR dari hari kehari menjalankan dan membersihkan nama pengundi di Malaysia ini, namun perkara ini masih tidak dapat dijalankan dengan baik kerana setiap pemotongan nama yang dilakukan oleh JPN adalah berdasarkan dari JPN Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu, sebelum pemotongan nama di lakukan. dalam erti kata lain, menurut SPR, jika JPN melakukan kerja mereka dengan baik, barulah SPR dapat melakukan perkara ini dengan baik.

2. SPR perlu melakasanakan pembaharuan dalam sistem undi POS.
- Dalam konteks pengundi tidak hadir menurut SPR, ia adalah untuk memudahkan pengundi pengundi seperti Tentera, Polis, pealajar yang berada di luar kawasan dan masih menjalankan tugas mereka dalam memilih wakil rakayt untuk mengundi. Menurut SPR sistem yang masih ada masih lagi relevan dan tidak perlu diubah, akan tetapi SPR ada memikirkan untuk mengantikan sistem ini kepada sistem undi awal di mana pengundi pegundi berkumpul di satu tempat dan menjalan tangungjawap mereka untuk mengundi awal sebelum tarikh pilihanraya di tetapkan.

3. SPR perlu melaksankan pengunaan dakwat kekal.
- Cadangan ini terpaksa dibatalkan oleh SPR kerana, menurut SPR ia bercanggah dengan fasal 1 perkara 119 perlembagaan persekutuan yang menjamin hak seseorang untuk mengundi. Apa yang SPR risaukan disini adalah SPR takut jika pengundi itu mengundi dalam keadaan mereka tidak sedar ( pengsan, lupa diri, gila) atau cap jari mereka dilapit dengan jap cari orang lain. dan kerana itu, SPR masih mengangap sistem seida ada masih bermutu tinggi dan sesuai di gunakan.

4. Tempoh Berkempen 21 hari.
Tempoh masa 7 hingga 9 hari yang seperti sedia ada sekarang adalah masih terbaik, dan ini adalah kerana bagi parti parti politik beas dan kecil ia tidak membebankan mereka dari segi kos dan juga masa yang terlalu lama untuk berkempen. 21 hari adalah satu jangka masa yang panjang, dan ia akan membebankan parti parti politik bebas dan kecil untuk berkempen seperti mereka patut bercuti dan menghabiskan wang mereka untuk berkempen dan terpaksa menanguhkan rutin kerja mereka sehari harian.

Juga Video dipaparkan mengenai usaha-usaha yang dijawab oleh Dato’ Wira Wan Ahmad bin Wan Omar:

Isu Daftar Pemilih:


Isu Undi Pos:

Isu Dakwat Kekal:


Isu Kempen 21 Hari:


Tidak perlu menggerakkan Mobalisasi besar kerana Parti sudah mula menyusun strategi untuk memenangi pilihanraya. Isu bersih sudah terjawab dan SPR telah melakukan penambahbaikan. Jangan lah asyik mendabik dada nak buat rusuhan.

HM:Saja chegubard nak popular,kalau nak PKR ambil jadi calon..mintak je kat Anuar.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...