Wednesday, December 7, 2011

HASSAN ALI ADALAH ORANG PALING LAYAK SATUKAN PAS DAN UMNO DI SELANGOR

Hassan Ali adalah penghubung UMNO dan PAS untuk mengukuhkan Umat Islam di Malaysia



Perpaduan Melayu Islam ini telah lama dicadangkan, jangan lah kita bersikap sombong kerana sombong membenarkan kelemahan dan kesalahan kita malah menunjukkan kewibawaan melayu itu lemah.




Ada ura-ura yang mengatakan Dr. Hassan Ali ini akan bergabung dengan pemimpin UMNO dalam PRU13 akan datang memandangkan Pakatan sendiri sudah tidak menerima lagi kelantangan suara beliau dalam menegakkan Islam di Selangor. Pihak pakatan janganlah terkejut jika perkara ini benar kerana tiada yang mustahil dalam politik lebih-lebih lagi dalam menegakkan syiar Islam di Selangor.

Dilihat dari rentetan isu-isu yang sering ditimbulkan oleh pakatan yang begitu anti dengan ke-Islam-an Hassan Ali yang sanggup membelakangkan kerjasama PKR dan DAP maka besar kemungkinan UMNO akan turut membantu Hassan Ali dalam meneruskan pelaksanaan Islam di Selangor.

'Agen katak tua UMNO'. Itulah gelaran yang diberikan oleh pencacai pakatan kepada Hassan Ali. Walaupun media di sebelah kiri begitu mengkritik dan menghentam Hassan Ali namun media di pihak kanan ini akan terus memberikan laporan yang positif kepada beliau kerana pihak kanan memang memerlukan pemimpin yang berani ke depan seperti beliau.

Blogger Gelombang Rakyat melalui entri terbarunya mengatakan yang ada perjumpaan sulit dibuat antara PAS dan UMNO Selangor tanpa melibatkan Khalid Samad yang mana dilihat berbentuk positif untuk kemenangan PRU13 di Selangor. Mungkin kedua-dua parti Islam-Melayu ini akan bergabung bagi membentu kerajaan Islam di bawah naungan Sultan Selangor. Kita nantikan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...