Tuesday, June 3, 2014

EXCO PEMUDA PUTRA JEMPUT @Dyanasmd MASUK UMNO? @cmlimguaneng @limkitsiang

Ramai yang tidak memahami erti perjuangan melayu dan masing-masing ingin menegakkan pendapat dan prinsip sendiri

Pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan kepada EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saudara Syamsul Baharin Putra yang mempelawa bekas calon DAP dalam pilihanraya kecil parlimen Teluk Intan baru baru ini.



HM melihat dari blog sahabat HM penjelasan beliau dalam pelawaan ke atas Dyana Sofea ke dalam UMNO adalah tidak menjadi kesalahan dan yakini bahawa pelawaannya itu sama sekali akan dyana tolak mentah-mentah kerana pelbagai cemuhan daripada ahli UMNO sedia ada nanti akibat acap kali dyana menyebut dalam ceramahnya bahawa UMNO parti siasah yang rasis dan prinsipnya yang menentang isu perkauman.

"Abang ajak dia masuk UMNO, tapi takkan mau dia turut serta dalam UMNO lepas apa yang dah jadi di Teluk Intan baru baru ni".

Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Putra apabila sahabat HM menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara tersebut.
Ezam dan Lokman Adam keluar daripada PKR dan menyertau serta masuk UMNO juga kita terima dan pemimpin atasan memberikan kepercayaan kepada mereka dengan memberikan platform yang baik.

Apakah yang ahli-ahli UMNO dapat daripada mengkritik? Tiada gunanya mengkritik kerana HM rasakan biarlah kita teruskan perjuangan kita dengan istiqamah. Mungkin akhirnya dengan isitiqamah kita dalam perjuangan akan menginsafkan mereka.

Memang telah dijangkakan bahawa Lim Guan Eng akan menyalah Dyana berbangsa melayu menyebabkan BN mampu rampas Kerusi parlimen mereka. DAP sejak dahulu lagi adalah parti rasis yang dyana buat-buat tidak faham dan menyalahkan UMNO adalah parti rasis. Akibatnya,biarlah dyana memikirkan balik masa depannya yang hampir gelap didalam DAP.

HM tidak menafikan bahawa keinsafan Dyana mampu menarik balik semua golongan muda yang menyertai pembangkang akan menyertai UMNO. kelebihan ini perlu kerana kenyakinan orang muda sahaja yang mampu mentransformasikan meremajakan UMNO.

Jadi tindakan yang dilakukan oleh saudara Putra janganlah disalah erti atau disalah anggap, tujuan beliau melakukan perkara tersebut adalah untuk memberitahu kepada seluruh golongan muda bahawa nereka masih mempunyai tempat didalam UMNO dan istilah tiada tempat itu hanyalah mainan politik pembangkang untuk mewujudkan perasaan benci golongan muda terhadap UMNO. 

Klik sini untuk berita selanjutnya: SINI

UMNO DAN BARISAN NASIONAL PERLUKAN PEMIMPIN MUDA UNTUK MASA DEPAN NEGARA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...