Monday, June 9, 2014

JEMAAH UMRAH TERKANDAS UCAP #TERIMAKASIH PADA @NajibRazak



Rakaman jemaah umrah mengucapkan terima kasih kepada Najib Razak dan Biro Kebajikan UMNO diatas bantuan yang telah dihulurkan.







Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mencadangkan agar Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggotai majlis kawal selia umrah yang akan ditubuhkan bagi memantau pengendalian umrah di negara ini.

Katanya, pemantauan itu perlu memandangkan peningkatan kes penipuan membabitkan pengendalian umrah yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH), berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyenaraikan hitam syarikat pengendali umrah sebaliknya perkara itu perlu dipantau oleh kementerian terbabit bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...