Wednesday, June 4, 2014

TERKINI!! JAWAPAN DS @idrisjusoh MENGENAI PENEMPATAN GURU ISMP @MuhyiddinYassin

Ramai yang melihat perkara ini menjadi isu hangat kepada semua Graduan ISMP, tambahan pula mengenai isu Penempatan Guru-Guru ISMP bermulanya dengan  berita melalui Laman FB rasmi Beliau menyatakan bahawa 

20 Febuari 2014

Berita terkini buat bakal guru :

PENEMPATAN GURU: 10,275 graduan pendidikan akan ditempatkan di sekolah2 selewat2nya April 2014. Hampir kesemua graduan pendidikan (kecuali 159) yg tamat pengajian sebelum Ogos 2013 telah & akan ditempatkan. Penempatan telah & akan dibuat pada 02 & 20 Jan, 17 Feb dan 01 April. Baki 4,615 sedang ditemuduga. Proses temuduga dilakukan pada Feb & Mar 2014. 

#graduan# #ipta# #universiti# #guru#

22 Febuari 2014

Untuk makluman saudara-saudari berkenaan soalan-soalan yang di bangkitkan:

Graduate KPLI PPC yang telah tamat pada Ogos 2013 yang diperaku SPP (73 org) dijangka akan ditemptkan pada 1 April 2014.

TESL luar negara yang tamat Jun 2013 yang diperaku SPP (183 org) juga dijangka akan ditempatkan pada 1 April 2014.

Penempatan dilewatkan sehingga April bagi membolehkan guru-guru melapor diri selepas cuti persekolahan yang akan bermula 22 Mac hingga 30 Mac 2014.




Tetapi malangnya, Persoalan baru diterima daripada Suara Mahasiswa UPSI menyatakan bahawa bertarikh:



 YB Dato' Seri Idris Jusoh..

Sebelum ini kami dah banyak kali 'tertipu' dengan kenyataan beberapa menteri tentang teka-teki tarikh temuduga ISMP dan keputusan posting. Tapi kami tak salahkan anda kerana ada menteri sendiri yang tak tahu beza antara ISMP, IPG, GSTT, KPLI, DPLI. Sebab tu juga kami tak salahkan guru2 di sekolah atau makcik2 sebelah rumah yang selalu tanya tentang ini. Kami terangkan baik2 pada mereka bahawa yang dah posting adalah IPG dan DPLI. Ini bukan isunya, sudah rezeki mereka..
Isunya sekarang adalah YB ingt tak? YB pernah keluarkan status cakap 4000 lebih graduan pendidikan akan posting bulan 4. Yb ingat tak? Saya dan kawan2 begitu gembira dan yakin sekali itu untuk kami kerana YB ada buat hashtag ‪#‎graduan‬ ‪#‎ipta‬. YB ingat lagi tak ni? Ada ibu bapa kami menangis gembira bila kami tunjukkan status tu. Terima kasih YB untuk kebahagiaan sementara itu.

Tapi YB.. hari ini dah masuk 5.5.14. Kawan kami yang temuduga bulan 1 tempoh hari pun belum dapat apa2 lagi keputusan. Begitu juga kami yang temuduga pada bulan 3. Dah tunggu hampir setahun setengah dah ni YB. Adakah kenyataan itu hanya untuk diamkan kami untuk sementara waktu saja? Luluh hati kami apabila dengar meeting pun SPP dan KPM belum buat. Kami tanya elok2.. Kami tak kisah bila posting, kami cuma perlukan tarikhnya.. Bersabar? Setahun setengah cukup tak bersabar? Guane YB?

Jawapan yang tiada daripada pihak KPM, sehinggakan ada gerakan Suara Mahasiswa UPSI ini bertarikh 31 Mei 2014 yang mewakili Suara- Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) ingin membuat perjumpaan khas bagi mengumpulkan nama calon simpanan bagi disampaikan hasrat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga akan berjumpa dengan YB kawasan masing-masing untuk dipanjangkan kepada pihak Kementerian yang terbabit.



AKIBAT :

HM dapat menganggap bahawa perkara akan menjadi lebih besar dan parah apabila berlakunya tiada jawapan khas daripada pihak Kementerian Pelajaran dan mampu menggugat YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran.


JAWAPAN:

Dan HM mencari jawapan dan dimaklumkan daripada salah sebuah Badan/Persatuan Bekas Pemimpin Universiti Malaysia, bagi mendapat maklum balas dan ini adalah kenyataan sms yang diberikan daripada pegawai YB Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh pada hari ini:




"Kenyataan dari YB Menteri Pendidikan II. Dato' Seri Idris Jusoh.


Utk makluman, posting bg graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dijangka dibuat pd 1 julai 2014 kerana mengambilkira pengisian kekosongan guru bersara dan yg akan bertukar pada bln Jun 2014.

Walaubagaimanapun penempatan kali ini akan dibuat berperingkat2 mengikut jumlah kekosongan dan keperluan opsyen.

Penempatan guru tertunggak kerana peningkatan umur persaraan dan pengambilan guru sandaran terdahulu.

Ia menggangu perancangan asal pengambilan guru2 ke IPTA. Pohon maaf atas kesulitan"


Adalah diharapkan jawapan ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada semua graduan ISMP yang merasakan dirinya tertindas. Memang HM merasakan bahawa perkara ini menyebabkan rasa diri tertindas atau ditipu tetapi jawapan ini menjelaskan kepada semua yang memberi penekanan kepada :

1. Isu peningkatan umur Persaraan 
2. Isu pengambilan Guru Sandaran terdahulu

2 isu inilah yang menjadi punca bahawa perancangan asal pengambilan guru-guru ke IPTA terganggu.

Dan diingatkan kepada semua bahawa penempatan akan dijangka dibuat pada 1Julai 2014 atas sebab pengisian guru bersara dan guru bertukar pada bulan jun 2014 . Dan juga diingatkan bahawa penempatan itu juga akan berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut jumlah kekosongan dan keperluan.

NASIHAT HM : SEMUA GRADUAN MENERIMA RISIKO YANG SAMA APABILA SELEPAS BERGELAR GRADUAN, BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIHLAH KEPADA KERAJAAN MEMBERIKAN RUANG UNTUK MENJADI "CALON SIMPANAN" ; ORANG LAIN MASIH LAGI BERGELUMANG DENGAN KESUSAHAN MENCARI PEKERJAAN YANG SAMA BIDANG WAKTU BELAJAR. WAHAI GURU-GURU SEKALIAN, Belajar lah Bersyukur!!



  


9 comments:

azhar said...

"SEMUA GRADUAN MENERIMA RISIKO YANG SAMA APABILA SELEPAS BERGELAR GRADUAN, BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIHLAH KEPADA KERAJAAN MEMBERIKAN RUANG UNTUK MENJADI "CALON SIMPANAN" ; ORANG LAIN MASIH LAGI BERGELUMANG DENGAN KESUSAHAN MENCARI PEKERJAAN YANG SAMA BIDANG WAKTU BELAJAR. WAHAI GURU-GURU SEKALIAN, Belajar lah Bersyukur!!"

statment nak bagus je. siap dgn !!. amboi.. yg kami ni org amek ikot unjuran kpm.sepatutnya xde masalah ni, kau ingt degree in education ni laku nk g mintak keja lain?jgn ckp suh cri keja sementara bagai,kami ni dh tlalu "tua" untuk keja sementara.kami perlukan keja tetap since kami ada kelayakan. kau jgn nk suh jd cleaner mcm statment spp/kpm masa kami sem 8.. sampai skrg ingt. baik jd cleaner lps spm, tah2 skrg dh bleh bukak syarikat cleaning sendiri. dah kaya raya. bersyukur sbb LULUS, tp kecewa bila lps due date CS jadi GAGAL. apakah?mcm chipsmore.kejap lulus,kejap gagal.kami bukan utk dpermainkan. sy sendiri sanggup tgu sampai may2015 jika ada JAMINAN posting,yg dok mggila tweet tu sbb xmau mohon & iv balik since sy dah LULUS.masalah remaja dia ni ckp kita xbersyukur. org yg xpaham konsep CS tu yg xbersyukur. kalo dpli/gstt dpt layanan sama dgn kami,xpe.ni dorg elok je dpt posting.kami kena tgu kekosongan bagai,dorg x.so xke tu mmbawa maksud sekolah smmgnya ada kekosongan tp utk dipenuhi oleh org2 yg dirasakan lebih layak dr ISMP? panjang plak komen ak. sape xmarah.statment asik nk tunjukkan "kecerdikan" sendiri je.

cinta hati said...

anda tidak berada dalam situasi kmi. maka mudah utk anda brkata2. kami dah tunggu setahun. then disuruh tunggu lg setahun. utk pngtahuan anda , mnjadi calon simpanan x smstinya dijamin posting jika sudah melebihi tempoh yg diberikan iaitu shingga mei 2015. kami trtekan. ibu bapa juga bersedih. kmi pun mhu kerja tetap utk bntu ringankan beban kluarga dan diri sndiri.

white wall said...

InshaAllah bersyukur. Tapi, yang buatkan kami graduan ISMP marah or kurang sabar bila, we tied to the education. Kalo pegi cari keja lain pon employee akan, i know once u get offer from govt, u will leave our company. So how? Sabar yg camana yg saudara ke saudari maksudkan?
We were trapped in the education and famiky responsibility. Tp inshaAllah masih bersyukur, and trust His plan.

muzammil arif said...

Ujuran kpm bergantung pada situasi terdahulu la brader...sekarang ini apabila CUEPACS mohon persaraan 60thn dan diluluskan maka unjuran itu tidak boleh pakai...

muzammil arif said...

Cinta Hati: takkan la xbuat apa2 dalam masa setahun? jikalau xde merasakan jaminan spt yang dikatakan, usahalah cari kerja dahulu atau sambung belajar...jangan menaruh harapan yang begitu lama walhal banyak kerja swasta yang boleh mencari periuk nasi dahulu. bukan bidang pendidikan sahaja yang menimpa isu sebegina, byk lagi bidang yang kritikal tetapi masih calon simpanan dan ramai yng boleh mencari alternatif. asyik nak menunggu sampai 2thn xwat apa2...buruk padahnya nanti

muzammil arif said...

tiada maalah dan bukan semua majikan berfikiran sebegitu. jika kita byk alasan dan kurang berusaha...bukan sahaja cikgu tp cleaner pon belum tentu dapat...

dan said...

Klau anda di tempat kami,rasa anda yg kedepan menuntut posting..cakap memang mudah..sembang bikin bimbang..

muzammil arif said...
This comment has been removed by the author.
muzammil arif said...

Saya menjelaskan apa yang perlu dan ramai juga yang telah mendapat surat posting...saya menulis juga adalah untuk membantu semua supaya Pemimpin atasan tunai mengikut apa yang diberitahu dan jika ada masalah sila beri penjelasan... jika saudara tidak mendapat surat lagi..sila bersabar dan cari altenatif yang lain.harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...