Jika diikutkan angan-angan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim seandainya PRU-13 yang lalu menyebelahi pakatan pembangkang sekali gus membolehkannya menjadi Perdana Menteri maka Naib Presiden PAS, Husam Musa akan dilantiknya sebagai Menteri Kanan.
Anwar percaya PR mempunyai peluang itu sama seperti keyakinannya yang dipertaruhkan di bahu Husam Musa untuk menundukkan lawannya di Putrajaya.
Dengan kepercayaan sebesar itu, tidur malam Husam ditemani mimpi indah dengan segala bayangan kesibukan yang akan dihadapinya kelak. Tiada lagi mimpi ngeri dan memori hitam kambing jamnapari, itu sudah pasti.
Menjadi Menteri merupakan impiannya sama sebagaimana mimpinya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, andai salah satu menjadi kenyataan ia satu kepuasan yang tentunya sukar diterjemahkan.
Tapi realitinya tak selari seperti yang di angan-angankan oleh Anwar dan tak seindah ulitan mimpi yang menemani Husam apabila takdir Illahi menetapkan BN meneruskan kesinambungan kuasanya seiring dengan kekalnya Parlimen Putrajaya di tangan BN.
Husam hanya menang di DUN Salor itu pun kemudiannya terpinggir penuh kehinaan apabila jawatannya sebagai EXCO Kanan Kerajaan PAS Kelantan tidak disambung di masa yang sama dicantas dari menikmati keempukan kerusi MB.
Dunia realiti memang menyakitkan tak seindah bayangan angan-angan. Sekarang Husam bukan sahaja tidak layak menjadi Menteri dan tidak juga kekal sebagai EXCO Kanan, sebaliknya tarafnya semakin rendah sekadar seorang ADUN biasa sahaja.
Itu pun mujurlah dapat juga jadi YB DUN Salor, kot kalau sebaliknya barangkali terpaksalah Husam menghidupkan semula projek kambing jamnapari yang dulu khabarnya gagal selepas banyak sang kambing mati kehausan bergelimpangan disebabkan kelemahan pengurusan.
Gagal menerima hakikat ketentuan Illahi, Anwar bersama Husam meroyan tak sedar diri menyalahkan takdir sambil berura-ura untuk memboikot sesi pembukaan Dewan Rakyat konon sebagai membantah penipuan dan penyelewengan dalam PRU-13.
Di ketika yang sama, Husam turut mengamuk sakan sambil meroyan mempersoalkan kenapa dirinya di buang dari pemntadbiran Kerajaan PAS Kelantan serta mengungkit 'jasa dan bakti' yang dilakukannya untuk Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Naib Presiden PAS itu berhak mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan partinya di Kelantan tapi ia sepatutnya bukan alasan untuk Husam tidak menghadiri majlis angkat sumpah di DUN Kelantan sebagai wakil rakyat biasa.
Tak datang angkat sumpah itu dah satu hal yang memeningkan PAS Kelantan, tapi bila adanya pula pengesahan yang anak didik bekas MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu tidak akan datang sepanjang tempoh DUN Kelantan bersidang maka ia satu kejutan yang memalukan.
Di kira dari kedudukannya sekarang patutnya tiada sebab untuk Husam dibelenggu kesibukan mengalahkan Pak Menteri, jadi bila mana Husam gagal menghadirkan diri semalam dan minta cuti untuk tempoh yang panjang, tentunya menyebabkan banyak spekulasi bergentayangan.
Persoalan penting yang bermain di minda ramai sekarang, mungkinkah Husam sedang merealisasikan kempen boikot selari dengan saranan Anwar dan sengaja enggan mengiktiraf Kerajaan PAS Kelantan?
Jawapan itu ada pada Husam tapi yang pastinya Anwar sudah boleh bertepuk tangan kerana tatkala ramai Ahli Parlimen DAP, PAS dan PKR enggan mengikuti arahannya, ada juga seorang ADUN di Kelantan yang seperti cuba merealisasikan saranannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment