Monday, June 10, 2013

KUNJUNGAN PEMUDA PERAK KE KBS @azwanbro @hairun_own @KhairyKJ

Kunjungan Pergerakkan Pemuda Perak ke Kementerian Belia dan Sukan untuk berjumpa Menteri KBS,YB Khairy Jamaluddin pada jam 5.30petang Jumaat lepas. Ini adalah kunjungan hormat Pertama daripada kumpulan Pemuda Negeri dan ini adalah penghargaan pertama selaku YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Tanggungjawab yang besar semakin meluas apabila Pemuda diberi mandat untuk mengalas didalam pembangunan Belia negara disamping membantu meningkatkan komuniti muda kearah dunia yang sihat melalui sukan di dalam komunti

Mandat yang diberikan adalah memastikan keterbuktian bahawa Barisan Nasional mampu membantu membela golongan orang muda dan hanya orang muda sahaja yang mampu menyelesaikan masalah orang muda. Pemuda perlu menjadi mata dan telinga kepada kementerian ini bagi memastikan bahawa tiada yang terpinggir.

Kita menghargai jentera Pemuda dengan terbukti di Perak bahawa kita mampu merampas kembali Perak daripada pakatan. Kita tahu objektif utama pakatan adalah merampas Negeri perak. syabas dan tahniah kepada pergerakkan pemuda yang membawa jentera bersatu memenangi PRU13 bagi kelansungan kemenangan BN terjamin.

Perak adalah negeri yang memuaskan dari segi kemenangan orang muda yang jadi calon dalam PRU yang lepas. Kemenangan dan kekalahan adalah pengalaman bagi mematangkan kita. Ada juga yang akan meninggalkan Pemuda selepas ini jangan meninggalkan terus perjuangan ini,biarlah menjadi panduan kepada kepimpinan yang terbaru selepas ini kerana jaringan orang lama dalam pemuda adalah amat penting bagi mengharungi cabaran yang lebih getir di dalam PRU14.

Pelbagai program boleh dijalankan dikalangan orang muda kerana sekarang ini mudah atas kapasiti Pengerusi Pemuda BN adalah Menteri Belia dan Sukan, dan gunakanlah sebaik mungkin.

Kita tidak menghalang sesiapa yang bertanding untuk Presiden dan Timbalan Presiden. Untuk perpaduan parti kita mintak Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingan sebab kita sebulat suara kita menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin Umno dan Barisan Nasional

Isu parti tunggal, Umno tetap relevan,yang ingin memohon parti tunggal adalah kebanyakkannya dikalangan Cina dan India yang kecewa dengan GERAKAN,MIC, MCA. Cadangan kita dan akar umbi memang tidak sesuai parti tunggal tetapi sesiapa yang ingin menjadi ahli BN,boleh dibuka pendaftaran secara terus.

Delegasi Pemuda Perak yang ketuai oleh Khairul Azwan Dato' Harun,Ketua Pemuda Negeri Perak memberikan cenderamata dan diakhiri dengan sesi fotografi bersama Menteri Belia dan Sukan,YB khairy Jamaluddin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...