Wednesday, June 19, 2013

@Sangkakalajari9 DIBAYAR UTK TUTUP AIB SETPOL @NajibRazak ?

Kenyataan hangat apabila HM terbaca di dalam sebuah artikel blog mengatakan bahawa sahabat blogger kita iaitu Sangkakala sudah dibayar oleh Khairun Aseh bagi menutup aibnya yang memang jelas diperkatakan bagi membuka ruang Khairun Aseh bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Persoalannya apabila report card Khairun Aseh dikeluarkan oleh blogger - blogger Nasional akibat Sangkakala mengeluarkan beberapa isu dan sikap malas Khairun dalam membantu jentera di peringkat Bahagian Putrajaya tetapi diangkat menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri. Kehairanan tindakan Perdana Menteri jelas memperlihatkan ada permainan dan percaturan dari segi meletakkan Setiausaha politik itu di kanan Perdana Menteri sebagai penasihat kanan.

Tetapi apabila Sangkakala dikatakan sudah dibayar akibat isu Khairun tetiba tertimbus, spekulasi terbongkar dikatakan bahawa Setiausaha Politik itutelah membuat perjumpaan sulit dengan Blogger sangkakala dan memberikan habuan.

HM apabila terbaca kenyataan itu,persoalan tertimbul:-

1)Mengapakah khairun ingin berjumpa sangakakala dan siapakah sangkakala?

2) Berapakah jumlah harga yang dibayar kepada sangkakala bagi menutup aib khairun?

3) Mengapakah Khairun tidak memberikan penjelasan yang jelas mengenai aibnya dan

4)Mengapakah sehingga sekarang pemuda Putrajaya dikatakan masih menunggu khairun untuk membuat mesyuarat bagi penjelasan mengenai spekulasi ingin bertanding Ketua Pemuda Bahagian dan naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dan akhirnya Sangkakala telah memberikan penjelasan bahawa beliau menafikan perjumpaan beliau dan khairun, dan sangkakala masih tegar mencari maklumat Khairun. Keadaan ini memberikan ruang kepada sangkakala bagi membuktikan bahawa Khairun memang tidak layak menduduki Pegawai paling kanan Perdana Menteri.

HM bukanlah dengki atau ingin membuka aib khairun,tetapi hanya menegur kesilapan tindakan bahawa Perdana Menteri perlu menilai sejauh mana kredibiliti Khairun sebelum ini bagi membuktikan bahawa khairun Aseh layak menduduki kerusi pegawai paling kanan bagi menasihati Perdana Menteri dalam selok belok hal ehawal politik.

Ikuti kisah selanjutnya penjelasan sangkakala:-

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/06/khairun-aseh-dalam-perhatian.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...