Sunday, June 2, 2013

SETPOL PM:ALIES NOR DISINGKIR, KHAIRUN ASEH BERMASALAH, @NajibRazak PERLU HATI-HATI



Pagi ini Hak Malaysia terbaca sebuah blog mengenai SETPOL tersilap pilih oleh Najib Razak sebelum dan selepas PRU13. Setiausaha Politik adalah amat penting di dalam mengurustadbir karier seseorang ahli politik disamping memberikan nasihat yang tepat dan membantu seseorang ahli politik membuat keputusan sesuatu perkara dengan cepat dan tepat.

Kembali kepada cerita asal mengenai setiausaha politik Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum PRU13 iaitu Alies Nor yang menjadi 'think tank' PM telah melakukan pelbagai rancangan rapi untuk PRU13, tetapi setelah keputusan PRU13 yang menunjukkan kelemahan menguasai 2 per 3 kerusi parlimen malah lebih teruk daripada PRU12 pada tahun 2008 menyebabkan desakan demi desakan yang menyeluruh dari akar umbi kepada Alies Nor supaya melepaskan jawatan terpenting itu didalam memberikan nasihat dan pandangan kepada PM agar tidak 'Pisang berbuah dua kali'. Desakan demi desakan Alies Nor melepaskan jawatan itu dilakukan saban hari dari media massa,media baru dan baru-baru ini ramai ahli majlis tertinggi menyokong pandangan dan tindakan tersebut sehingga ramai dikalangan pemimipin Barisan Nasional menyuarakan supaya beliau disingkirkan serta merta.

Berita selanjutnya disini
http://bit.ly/10SCjrF


Tetapi yang menariknya kesilapan demi kesilapan akan dibuat apabila Hak Malaysia terbaca cerita baru yang digembar gemburkan dalam beberapa blog isu 'LOBI-MELOBI' yakni pegawai SETPOL baru yang akan dilantik yaitu Datuk Khairun Aseh yang merupakan anak kepada Tan Sri Aseh yang kuat melobi untuk anaknya supaya hubungan baiknya bersama PM berterusan dan kini Tan Sri Aseh memegang jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya.

Ada juga blog yang memaparkan pada kali ini bahawa Datuk Seri Najib Razak akan menimpa bala baru apabila tersalah pilih SETPOL yang mampu memberikan nasihat terbaik untuk beliau. Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dan juga Ketua Bahagian Putrajaya amat kurang menyenangi Khairun Aseh ini kerana menggunakan Platform Putrajaya sebagai bantu loncatan tetapi pelbagai permasalahan identiti Khairun Aseh dan boleh dikenalpasti dalam empat perkara:-

1. AJK BAHAGIAN PUTRAJAYA
Khairun Aseh adalah salah seorang AJK Bahagian Putrajaya yang paling 'worst' kerana mengutip point ketidakhadiran mesyuarat bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor. Perkara ini jelas apabila Hak Malaysia mengenalpasti senarai kehadiran mesyuarat UMNO bahagian Putrajaya dan kelihatan 'top rank' yang tidak hadir mesyuarat adalah Khairun Aseh


2.PROGRAM DI PUTRAJAYA
Khairun Aseh juga adalah seorang exco yang lansung tidak membantu Tengku Adnan Tengku Mansor didalam membuat,mempengerusi,mentadbir,menyusun,menghadiri pelbagai program bukan sahaja Pusat Khidmat masyarakat tetapi Program pemuda bahagian dan program-program belia di Putrajaya. Dikenalpasti bahawa Khairun juga selalu mementingkan lagak 'bangsawan' apabila turun mana-mana program yang diingini.


3. TEMPOH BERKEMPEN PRU13 DI PUTRAJAYA
Selaku orang kuat Putrajaya, Khairun Aseh lansung tidak membantu Tengku Adnan Tengku Mansor dan sebagai Exco Pemuda Pusat yang lansung tidak menunjukkan muka sepanjang tempoh berkempen tetapi Hak Malaysia ada membuat kajian Khairun pernah ditemubual oleh 'the Star' menganalisis status BN di Putrajaya dalam tempoh PRU13. Bagaimana mungkin seseorang yang lansung tidak turun menganalisis kekuatan Tengku Adnan?mustahil bukan? Inilah sikap pemimpin yang mengambil kesempatan terhadap perjuangan dan perlu ditolak.


4. PEMUDA
Khairun Aseh lupa kepada Pemuda bahagian putrajaya sehinggakan ramai muka baru di dalam pemuda menolak kehadiran beliau yang lansung tidak turun kawasan berjumpa dengan kesemua cawangan. Khairun perlu dinasihati supaya jangan lupa akar umbi kerana Pemuda Putrajaya berkembang dengan Agresif kerana ramai yang memimpin cawangan UMNO Putrajaya semakin pulih dengan kesatuan yang jitu selepas mengharungi PRU13 menentang Husam Musa. Ada desas desus yang mengatakan Datuk Khairun akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya dan mungkin Khairun akan tumbang apabila pelbagai masalah yang dihadapi oleh belia diharungi bersama sebelum ini.


SETPOL adalah amat penting bagi Datuk Seri Najib Razak. Hak Malaysia yang merungkai tetapi biarlah PM sendiri membuat keputusan dan janganlah ia menjadikan 'kekusutan' selepas memilih. Nasihat HM kepada PM carilah bakal pemimpin biarlah yang ada kebolehan untuk memimpin, kalau tak nampak tokoh kepimpinan baik suruh dia belajar dulu dan perlu diingat bahawa sifat kepimpinan ini tidak boleh diwarisi dan pengalaman itu adalah proses pembelajaran yang terbaik untuk menjadi pemimpin yang baik dan adil.

Sekian



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...