Bertambah menarik apabila kelihatan di gambar Pemuda yang membuat kunjungan adalah diantara Ketua Pemuda cawangan yang baru. Agak terkejut apabila HM melihat kehadiran yang agak memilih bagi kunjungan hormat Setpol pada kali ini. HM dikhabarkan bahawa inilah jentera baru yang dikumpul oleh Khairun untuk memenangi Pemilihan Ketua Pemuda Umno Putrajaya seperti yang digembar-gemburkan oleh sahabat-sahabat blogger HM.
Ada juga HM terbaca blog-blog terkemuka strategi khairun dengan mengumpulkan bala tentera yang baru dengan berhasrat memenangi KP Putrajaya dan seterusnya berhasrat bertanding Naib Ketua Pemuda pusat yang akan dipertandingkan pada tahun ini.
Dikhabarkan dalam blog-blog mempersoalkan bahawa dengan menggunakan platform SETPOL PM, Adakah khairun mungkin mampu menabur duit bagi mencapai hasratnya? Tidak mengapa,HM bukanlah ingin memfitnah Khairun tetapi jika benar, UMNO akan tumbang jika pemimpin seperti khairun tetap menggunakan cara lama lagak bangsawan menabur apa sahaja hartanya untuk kepentingan jawatan yang dipegang seperti yang dikhabarkan.
Janganlah melayu lupa bahawa perjuangan selama ini bukan disebabkan duit dan pemimpin yang boleh membeli jawatan dengan hartanya tetapi warisan kepimpinan yang berlandaskan perjuangan Agama,Bangsa dan Negara.
Disebabkan perjuangan berlandaskan Agama,Bangsa dan Negara lah mampu UMNO mengecapi kejayaan bersama Barisan Nasional atas restu Rakyat yang memberikan mandat. Agak risau apabila Melayu mudah dibeli dengan duit dan harta. HM bukanlah menuduh mereka-mereka yang membuat kunjungan hormat atas disebabkan kejayaan khairun, tetapi terkejut apabila hanya sebahagian sahaja yang berjumpa khairun dengan atas alasan dijemput oleh khairun. Mungkin ya atau tidak hanya Khairun yang tahu.
Semoga jentera baru akan menilai kembali nilai perjuangan sebenar UMNO sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment