Tuesday, November 29, 2011

PAS LEMAH MENGUASAI AMIGA BAGI MEMPERTAHANKAN HAK ORANG ISLAM DI MALAYSIA

Suka Hati Amiga apabila menguasai 2 Parti Politik Melayu, ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk melupuskan penguasaan UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.

Kita dapat lihat secara terang-terangan bahawa PAS menyokong Amiga dengan mendiamkan diri tanpa membuat sesuatu untuk menjaga kesucian Islam. PAS lemah apabila bergabung dengan DAP dan PKR . Sedia Maklum kita dapat lihat PAS hanyalah boneka mereka untuk menutup lubang-lubang yang bocor yakni kelemahan Pakatan Rakyat supaya dapat menumbangkan Barisan Nasional.

Perjuangan PAS adalah untuk Memartabatkan Islam kata Nik Aziz, Tetapi dimanakah PAS yang lansung tidak mampu bersuara didalam Pakatan? Adakah terlalu kerdil PAS ini di mata mereka?






Presiden PAS yang hanya mengangguk kepala bahawa Perjuangan PAS berlandaskan Agama Islam tetapi hakikatnya masih bercorak memerlukan persetujuan orang Kafir DAP

Dan Parti manakah sebenarnya perjuang demi Islam sehinggakan Amiga panas punggung ingin mengubah dasar kerajaan yang banyak memberikan kemudahan kepada orang Islam dan persoalan ini sudah tentu Barisan Nasional tetapi alangkah malanya PAS tetap tidak bersetuju.

Mari kita lihat mengapa Amiga amat berbahaya :


Menggunakan NGO sebagai senjata yang ampuh didalam menerbitkan rasa benci terhadap perlembagaan Negara

Pergerakkan Amiga dibiayai oleh pertubuhan Yahudi bagi memudahkan perjalanan amiga dan pengikut-pengikutnya yang majoritinya penguam

Amiga mempunyai hubungan yang luas dengan yahui Antarabangsa dan juga turut melobi hingga ke PBB

Amiga bercita-cita untuk menjadi pelapor PLURALISME di Malaysia dan ditaja oleh National Democratic Institute (NDI) NDI adalah salah satu daripada 4 cabang National Endowment for Democracy(NED).

Allen Weinstein pengubal dasar undang-undang NED mengesahkan bahawa NED adalah seumpama CIA dan Amiga telah dilantik sebagai ketua Bersih 2 untuk menekan kerajaan supaya menerima segala kehendak mereka tanpa disedari oleh Nik Aziz dan Anwar Ibrahim yang masih dibuai dengan harapan menjadi ahli Kabinet dan Perdana Menteri Malaysia ke-7

Isu Permurtadan di DUMC dan yang terbaru Seksualiti Merdeka 2011 adalah perancangan terperinci untuk mencabar kedaulatan Negara. Isu ini cuba mengusik Rang Undang-undang dan perlembagaan bagi membantu Anwar supaya terlepas daripada kes liwat sebelum pilihanraya ke 13. Perancangan ini juga adalah konspirasi diantara Anwar Ibrahim dan Sekutunya bagi melepaskan diri daripada akhir kes pengadilannya sebelum disumbatkan ke Penjara Sungai Buloh

Menjadikan IFC yang ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism sebagai dasar Perjuangannya.
Mempertikaikan status agama anak orang Islam supaya biarkan anak itu memilih agamanya sendiri

Kebebasan org Islam menukar agama tanpa dikenakan undang-undang Mahkamah syariah
Mempertikaikan Mahkamah Syariah tidak mampu mengendalikan kes murtad dan perlu diberikan kepada mahkamah Sivil

Menghapuskan status agama didalam Kad pengenalan

Perjuangkan berkahwin tanpa menukar agama asal dan membenarkan orang Islam menukar agama sekiranya berkahwin dengan bukan Islam tanpa dikenakan sebarang undang-undang


PAS akhirnya menjadi boneka kepada DAP, Sudahlah PKR hanya mementingkan diri sendiri,kesian PAS,hanya mampu berkata "tidak boleh" dan bukan tindakan.





Menentukan sesiapa/Pasangan yang memeluk Islam tidak dibenarkan diberi hak penjagaan anak

Membenarkan org bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bukan Islam menuntut hak harta pusakanya

Mempertikaikan kerajaan menyediakan dana setimpal dengan rumah ibadat orang Islam yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam.

Membenarkan orang bukan Islam mengunakkan perkataan ayat-ayat suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

Bible diperluaskan dengan menterjemahkan didalam Bahasa Melayu dan diedarkan secara terbuka

Menghilangkan kesemua aktiviti dan program yang berunsurkan Islam dalam bahasa ibunda dan Dakwah agama lain selain Islam pula dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

Mempertikaikan kepada kerajaan bahawa orang Islam membayar zakat tanpa membayar cukai pendapatan

Wang hasil zakat perlu dikongsikan bersama dengan orang-orang bukan Islam

Mempertikaikan Agama Islam supaya tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



PAS tetap Gagal mempertahankan,apatah lagi apabila berkuasa kelak,itupun kalau dapat

1 comment:

Perdana Hitam said...

Tuan tolong link kan blog tuan ke bolg saya perdanahitam.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...