Friday, November 25, 2011

BUKTI:RAZALI BERKATA BENAR PASAL ANWAR BURUKKAN MALAYSIA

Apabila saya terbaca tulisan Double Y . Saya mencari bukti :

Adakah Pakatan Rakyat memburukkan Malaysia?


Dibawah ini bukti Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat memburukkan MALAYSIA:




HM:Wahai Pengikut Pakatan Rakyat yang haram, jangan bersedih apa yang dikatakan oleh Dato Razali Ibrahim, memang telah dibukti. Kesian pemain Bola Malaysia,tidak mengapa nasib menyebelahi kita.Kita Menang.

Go..go..Harimau Malaya


………………………………………………………………………………………………………………………………

Blog Double Y

Pembangkang Atau Razali Ibrahim Yang Bersikap Seperti Anak Kecil?

Bila terbaca artikel tulisan saudara Amin Iskandar sebagaimana dipaparkan di atas, jelas memperlihatkan betapa biasnya laporan penulis tersebut. Beliau menempelak Dato Razali Ibrahim ekoran kenyataan DRI ketika pasukan bola sepak negara menjuarai pingat emas sukan SEA tempoh hari.

Ketika Malaysia menjuarai pingat emas sukan SEA dalam acara bola sepak tempoh hari, Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengeluarkan kenyataan "Pakatan racuni peminat Indonesia Benci Malaysia".

Nampaknya Dato Razali Ibrahim telah membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih, tidak pula diketahui berapa kotak tisu digunakan oleh penyokong Pakatan Rakyat dalam mengenang kesedihan melampau yang dialami mereka gara-gara kenyataan Dato Razali Ibrahim.

Hahaha...

Hoii...penyokong Pakatan Rakyat usahlah bersedih, kerana apa yang dikatakan itu semuanya benar belaka, mari kita tengok apa Anwar Ibrahim telah lakukan setiap kali di hadapan rakyat Indonesia.

Umum mengetahui bagaimana Anwar Ibrahim memburukkan nama Malaysia setiap kali ke luar negara, bukan sahaja Anwar Ibrahim Nurul Izzah pun pernah memburukkan Malaysia di Indonesia secara tidak langsung telah membangkitkan perasaan benci rakyat Indonesia kepada Malaysia.

Jika terlupa mari sini saya ingatkan saudara pembaca :

Ogos 2011 yang lalu Anwar Ibrahim dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Anwar kata orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji.

Selepas itu anaknya si Nurul Izzah juga bertindak memalukan imej negara ketika ditemubual media Indonesia. Pada waktu Nurul Izzah bukan sahaja mengeluarkan kenyataan palsu tentang kelengkapan pasukan keselamatan negara.

Beliau juga cuba membayangkan bahawa kelengkapan pasukan keselamatan negara kita lemah dengan menyatakan bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh selam walaupun isu ini banyak kali dijelaskan dalam Parlimen.

Dan yang terbaru Anwar Ibrahim memburukkan pula sistem kehakiman dengan dengan pelbagai tuduhan liar,(klik) adakah tindakan ini bukan satu penghinaan kepada negara di mata saudara di mata Amin Iskandar?

Apa yang tidak betul dengan kenyataan Dato Razali Ibahim tempoh hari? Anwar Ibrahim tahu bahawa media Indonesia cukup minat jika ada pemimpin Malaysia sendiri yang 'ganyang Malaysia' sebab itu beliau selalu buat kerja bengong burukkan negara sendiri. Secara tak langsung imejnya popular di media Indonesia.

Sekarang saudara pembaca lihat dan buatlah penilaian sendiri, adakah salah kenyataan Dato Razali Ibrahim, adakah kenyataan itu merupakan kenyataan kebudak-budakkan? Akhir kata tahniah Dato Razali Ibrahim sebab berjaya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih.

Hahaha....

YY : Kehkehkeh... DRI teruskan sessi balun PR!!!

1 comment:

pak, anton said...

SAYA PAK,ANTON INGIN BERBAGI CERITA KEPADA KALIAN SEMUA ,dulunya sy seorang guru honor yg hidup susah dan banyak hutan ,krn gaji yg tdk cukup untuk menghidupi ke luarnga sy ,ahirnya sy coba untuk menghubungi AKI MUPENG dan dgn senang hati AKI mau membatu sy untuk memberikan angka hasil ritualnya ,dan angka yg diberikan AKI MUPENG benar-benar terbukti tembus dan saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...