Friday, April 12, 2013

@drwanazizah UMUM MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU!!!?



Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, membayangkan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya pembangkang terus mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, PKR mempunyai beberapa calon berpotensi selain Khalid bagi mengisi jawatan pentadbiran tertinggi di negeri berkenaan.

Kita (PKR) ada beberapa pemimpin dan antara mereka adalah Khalid. Sudah tentu beliau mempunyai rekod yang cemerlang, (tapi) tak kira siapa jadi Menteri Besar Selangor, asalkan mereka mempunyai polisi yang betul, katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini semalam.

Ditanya siapakah calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan, Wan Azizah berkata, mereka adalah calon yang bertanding (mewakili pakatan) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13 ini.

Calon DUN Ijok belum diumum

Kelmarin, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengumumkan Khalid akan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak selepas menang kerusi itu pada PRU-12, manakala kerusi DUN Ijok yang juga disandang Menteri Besar Selangor itu, masih belum diumumkan calonnya.

Bagaimanapun, laporan media sebelum ini meramalkan Khalid tidak akan mempertahankan DUN Ijok, malah wujud spekulasi beliau akan digantikan pemimpin lain sebagai peneraju kerajaan negeri jika pembangkang terus menguasai Selangor, termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...