Wednesday, April 10, 2013

GEMPAR! HUSAM MUSA SEPAK @Nikabdulaziz GARA GARA BERTANDING DI PUTRAJAYA @Tengkuadnanreal



Sumber dalaman PAS Kelantan memberikan maklumat berhubung reaksi negatif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan selepas nama Husam Musa, dikeluarkan dari senarai Kelantan, sebaliknya dibaling ke Putrajaya. 

Sesiapa pun dapat melihat dan menjangkakan, kepimpinan PAS Pusat sebenarnya ingin membunuh dan mematikan kerjaya Husam Musa, Exco Kanan Kelantan yang cukup berkuasa dan mempunyai banyak wang apabila mencalonkannya di Putrajaya menentang Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung UMNO yang mempunyai kekuatan besar di pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia itu. 

Nik Aziz yang cukup terkenal dengan RAJUKANnya, telah mengancam untuk menarik diri daripada bertanding dalam PRU13 dan meletakkan semua jawatannya dalam PAS apabila keputusan PAS Pusat meletakkan Husam Musa di Putrajaya. 

Bagaimanapun, rajuk Nik Aziz tidak lama apabila diberitahu, dia bebas meletakkan Husam Musa di mana-mana DUN di Kelantan. Justeru, DUN Salor besar kemungkinan akan menjadi tempat Husam Musa bersarang bagi mengurangkan tekanannya di Putrajaya memandangkan PAS Kelantan beranggapan DUN Salor adalah tempat paling selamat buat Husam Musa. 

75 kerusi Parlimen yang bakal ditandingi oleh PAS dengan beberapa kerusi berlaku pertindihan dengan PKR dan DAP, sekaligus bakal menyaksikan pertempuran sesama sendiri di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah, Johor dan Perak. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...