Tuesday, April 16, 2013

HOT! @abby_abadi112 MULA BISING KATA ORANG PASANG CCTV



Jangan pelik beb kalau lepas ni Si Ostazah Pening tu pulak buat dakwaan kononnya ada orang datang ceroboh rumah dia nak pasang CCTV.

Sebab itu je alasan yang mampu diorang buat untuk 'cover line' cerita pasal video tebar roti canai atas katil Pak Mus yang menjadi bahan bualan sekarang ni.

Lain tak de nak tuduh orang la tu sedangkan yang buat kerja haramjadah tu pemimpin diorang sendiri. Apa susah sangat? Kalau dah kantoi tu mengaku je la.

Tak payah la susah - susah nak buat tuduhan yang bukan - bukan terhadap orang lain tanpa sebarang bukti yang kukuh. Kalau setakat bercakap kosong je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!

Penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin mendakwa beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk atapnya untuk dipasang kamera.

Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan.

Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV.

“Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan memberi petunjuknya nanti,”ujar Aishah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara semalam.

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod.

Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk mempertahankan hayat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...