Gerakan bersetuju untuk berjumpa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi berbincang dan mendapatkan gambaran sebenar berkaitan hudud. Datuk Mah Siew Keong yang juga calon Barisan Nasional PRK Teluk Intan berkata, beliau sudah membuat kertas kerja minggu lalu bagi membolehkannya beliau berjumpa sendiri dengan Abdul Hadi untuk penjelasan berhubung isu hudud agar tidak mahu isu berkaitan dengan agama dipolitikkan seperti yang dibawa oleh PAS sehingga sekarang masih tidak sepakatan bersama DAP.
“Kita tak mahu hudud ini dijadikan sebagai alat politik bagi mendapatkan sokongan. Kenapa kita perlu sokong mereka yang hanya nak dapatkan sokongan politik? Sebab itu kita nak jumpa dengan dia dan dapatkan pandangan dia, dan kita sampaikan pandangan kita.
“Kami hormat Islam dan kami nak jumpa dia. Kami tak mahu mereka politikkan isu ini. Negara kita bukanlah begitu besar, penduduk hanya 28 juta, kita patut bekerjasama atasi apa jua masalah, itu yang penting,”
“Ketiga-tiga pemimpin yang tertinggi mereka cakap perkara yang berbeza. Kita pun tak tahu siapa yang benar. Jadi ini menunjukkan PR banyak gunakan isu untuk dipolitikkan. Walaupun mereka satu pakatan, DAP cakap lain, PKR cakap lain, Pas cakap lain.
BN tetap bersepakat dan bermesyuarat dengan apa-apa masalah
“Berbeza dengan BN, walaupun kita berbeza, tapi kita cuba untuk sepakat dalam semua perkara sebagai satu pasukan. Bagi BN, kita akan adakan mesyuarat untuk berbincang secara konsensus apa-apa masalah dan jika kita lihat 'track record', kita adalah sehala.
“Kita nak jumpa pemimpin semua parti supaya kita dapat beri pandangan kita, macam mana kita dapat atasi masalah. Kita ada banyak isu yang perlu difokuskan. Kita tak mahu banyak lagi isu,” katanya.
No comments:
Post a Comment