Thursday, May 29, 2014

PENGUNDI #PRKTelukIntan DAPAT MENTERI BARU #JomPilihMah @P076TelukIntan TOLAK @Dyanasmd



HM merasakan pengundi menanti tuah apabila mengundi calon Barisan Nasional, Mah Siew Keong. Sebab kenapa? Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.


Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen dan mempertimbangkan perkara ini.

"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...