Tuesday, May 27, 2014

HOT!! @Dyanasmd MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA PENGUNDI SEBAB MENIPU?? #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #Jompilihmah


Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud wajib membuka permohonan maaf kepada seluruh pengundi Teluk Intan di atas ketidaktanggungjawabannya sebagai seorang yang profesional dan juga calon berbohong dan tidak menjelaskan perkara yang sebenar mengenai seorang peguam yang sah sebelum ini.

Tamparan hebat kepada Dyana selaku Calon DAP yang ditimpa pelbagai persoalan daripada wartawan yang tidak konsisten didalam memberikan jawapan  ekoran  Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan mengecam pembohongan Dyana itu.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” kata Haesreena yang dipetik portal televisyen web (web tv), Suara.TV.


Seorang  yang hanya memperolehi ijazah sarjana muda undang-undang tetapi tidak melaksanakan tugas harian sebagai peguam, atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam bukanlah peguam, malah tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam. Haesreena yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

“Pada saya sekiranya calon tidak berterus terang berkenaan dengan profesyen beliau secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannnya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

“Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukannya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesion guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam” tegas Haezreena lagi.


Turut mempertikaikan kelayakan yang mengaku peguam Dyana ialah Penasihat undang-undang Persatuan Kebajikan Shah Alam, Ahmad Soffian Mohd Shariff .

Adakala Setiausaha Agong (SUA) DAP kelihatan terpaksa menjadi Setiausaha Akhbar (SUA) Dyana bagi menjawap soalan media. Soffian, 27, berkata, seorang peguam wajib berdaftar dengan Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) sebelum diberikan hak untuk beramal dalam profesyen itu dan mewakili mana-mana pihak atau individu.

“Saya ada membaca kenyataan Dyana yang mendakwa dia seorang peguam atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai ‘non-practising lawyer’.

“Untuk makluman ‘non-practising lawyer’ bukan pengamal undang-undang atau dalam erti kata lain bukan seorang peguam dan dia mungkin hanya bekerja sebagai pengamal undang-undang sahaja. Macama mana nak kata dia peguam, sedangka dia tidak mengamalkan undang-undang? ” katanya yang juga dilaporkan portal tv web Suara.TV.


Soffian yang juga graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan, secara dasarnya mana-mana firman guaman hanya akan mengambil mereka yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman sahaja.

“Sangat tidak masuk akal mereka yang baru sahaja tamat pengajian dan melakukan chambering boleh menjadi seorang rakan kongsi. “Isu dia mudah, mereka yang tidak berdaftar dengan Bar Council, adalah bukan seorang peguam.Sebagai contoh, pensyarah yang mempunyai kelayakan LLB (sarjana muda perundangan) pun tidak dipanggil sebagai seorang peguam."


“Tambahan pula dia (Dyana) hanya bekerja sebagai PA (pembantu peribadi) sahaja dan sejak bila seorang PA dikenali sebagai seorang peguam,” tegas Soffian.



HM merasakan bahawa apabila penjelasan demi penjelasan dibuat, seharusnya meminta maaf secara terbuka kerana ini melihatkan etika sebagai seorang pemimpin rakyat, jika Dyana tidak memohon maaf kepada pengundi, Lupakan sahaja keinginan menjadi Wakil Rakyat sebab Teluk Intan memerlukan pemimpin yang bertanggungjawab keatas apa tindakan yang diambil.

TOLAK DAP, UNDILAH BN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...