Saturday, March 23, 2013

FIESTA BALLON @Putrajayacorp SAMBUT PRU13 @TanSriAseh @TengkuAdnanReal

5 Tahun Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2013 kembali lagi ke Putrajaya pada 28-31 Mac 2013 di Monumen Alaf Baru,Presint 2, Putrajaya.

Kali ini Hot Air Ballon Fiesta 2013 membawa kelainan yang kontemporari kerana pelbagai keunikan bentuk belon udara panas akan memberi kelainan dalam dalam penganjuran pada kali ini.

Pada kali ini pengunjung akan dipersembahkan dengan kelihatan monyet dan karekter kartun,buzzy terapung di ruang legar sepanjang presint 2 dan dikendalikan oleh pilot dari USA.Begitu juga watak kartun terkenal,Smuft serta badut juga akan dimeriahkan oleh wakil delegasi Belgium dan Jerman.

Vietnampula menampilkan Belon Panas Kucing terbesar dan Malaysia menampilkan kad sim Tune Talk.Belon udara panas akan berlepas ke Udara sebanyak dua kali sehari dari 7pagi dan 6petang pada ketinggian 1,000kaki dalam radius 5km dari Tapak acara.

Tan Sri Aseh Che Mat menyatakan bahawa kerjasama penganjuran bersama AKA Ballons Sdn Bhd telah berjaya menaikkan nama Putrajaya di Peringkat Antarabangsa dan pentas Dunia.

"Ini adalah antara pencapaian terbaik Putrajaya dalam penganjuran acara status dunia di persada Antarabangsa"

Tan Sri Aseh mensasarkan 300,000Pengunjung pada pertunjukkan belon udara panas yang akan berlansung selama empat hari. Seperti tahun-tahun sebelumnya pengunjung bukan hanya dari seluruh negara,tetapi ia juga telah berjaya menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia yang sedang bercuti di negara ini.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...