Sunday, March 17, 2013

HOT!BLOGGER PEMBANGKANG DAPAT RM50,000 @Khairykj @Tunfaisal

Blogger - blogger pembangkang di Negeri-Negeri Pakatan seperti Selangor, Kedah, Penang, Kelantan dan seluruh Media Maya di Negara ini akan menggunakan dana insentif RM50,000 bagi membantu Barisan Nasional memenangi PRU13 yang akan berlansung kelak.
Replika cek berjumlah RM 50,000 diserahkan kepada Pengerusi BN Youth CyberTeam (BNYCT) sdr Tun Faisal Ismail Aziz sebagai dana permulaan insentif karya-karya politik aktivis siber yang tersiar di dalam portal BNYCT menjelang PRU13.

KENYATAAN MEDIA
YB SDR KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PENGERUSI PEMUDA BN MALAYSIA
BAGI PELANCARAN "HIMPUNAN AKTIVIS SIBER PEMUDA BN"
BERTARIKH 16HB MAC 2013
BERTEMPAT DI ROYALE BINTANG DAMANSARA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.
Bersyukur saya ke hadrat Illahi dapat hadir dalam majlis yang dinamakan "Himpunan Aktivis Siber Pemuda Barisan Nasional (BN") atas inisiatif BN Youth CyberTeam (BNYCT) hari ini.
BNYCT telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2012 bertujuan menyelaras dan mengkoordinasi gerakan siber Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU13 selepas kejayaan gerak kerja siber Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuhkan pada 3 Mei 2009.
"Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN" ini bertujuan menyemarakkan lagi aktivisme siber oleh sukarelawan pro-Barisan Nasional (Pro-BN) menjelang PRU ke-13.
Untuk makluman, himpunan ini disertai aktivis siber, terdiri dari golongan blogger, facebooker, twitterati dan aplikasi media sosial yang lain, penggiat multimedia kreatif dan selebriti tanah air Pro-BN.
Sejak penubuhan BNYCT, ia telah berjaya menarik penglibatan langsung 3,000 orang sukarelawan siber Pro-BN, membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Kelantan yang membantu secara aktif kempen "TUKAR" dan "Gelombang Merah", membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Perak bagi meningkatkan jumlah sukarelawan siber negeri tersebut dan membantu penghasilan bahan-bahan sebaran online di dalam twitter, facebook dan you tube.
Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa jumlah dedahan keseluruhan pelbagai profil dan page facebook ketika ini adalah sekitar 700,000 orang manakala bagi twitter adalah sekitar 250,000 orang, tidak termasuk jumlah rakan twitter saya sendiri seramai 243,000 orang.
Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini dimulakan dengan "Forum Aktivisme Siber Dalam Politik" yang menampilkan ahli panel terdiri dari
1. YB P.Kamalanathan (MIC)
2. Dato' Ti Lian Ker (MCA)
3. Sdr Tang Keng Liang (Gerakan); dan
4. Sdr Harridz Mohan (PPP).
Tidak dilupakan penglibatan artis yang menggunakan medium siber bagi menyokong gerakan BN oleh yang demikian, moderator bagi forum ini adalah selebriti Fahrin Ahmad.
Dalam himpunan ini juga, Pemuda BN juga turut -
1. Melancarkan aplikasi mobil BN Youth yang dihasilkan oleh sukarelawan siber BNYCT; buat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Dalam masa terdekat, ia juga akan boleh dimuat turun melalui i-Tunes dan Blackberry World.
2. Menyampaikan plak penghargaan dan netbook kepada sejumlah selebriti tanah air yang telah menunjukkan sokongan terbuka kepada BN seperti; Zed Zaidi, Nabil Raja Lawak, Fahrin Ahmad, Maulana AF, Adira AF, Altimet, Elfira Loy, Vijay Emergency dan Jason T. Pemuda BN amat menghargai sokongan mereka dan aktivis siber pro-BN akan menyokong mereka di alam siber.
3. Menyampaikan sumbangan sebanyak RM 50,000 sebagai insentif daripada Pemuda BN kepada aktivis siber yang menyumbang artikel, kartun, bahan-bahan multimedia kreatif seperti poster dan video yang menarik dan tersiar di portal BNYCT.
Akhir kata, sebagai Pengerusi Pemuda BN Malaysia, BNYCT akan menjadi salah satu daripada penggerak kepada kempen GEMPAK - Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang yang baru saya lancarkan semalam.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...