Apakah tiada kapal perang ini membekalkan senjata-senjata berat kepada penceroboh-pencerboh di Lahad Datu dan apakah kaitannya dengan dakwaan bahawa seorang pimpinan pembangkang sememangnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan bekas Setiausah Pertahanan Negara Amerika Syarikat???
Beberapa fakta yang agak logik untuk sama-sama kita fikirkan:-
1) Kapal perang USS Guardian tesadai di Tubbataha Reef yang terletak di Tenggara Pulau Palawan pada 17 Januari, 2013 dan jaraknya hanya sekitar 500km sahaja dari Lahad Datu (-+ 8 hingga 10 jam perjalanan kereta) dan kapal ini mampu ditunda oleh kapal yang lebih besar memandangkan saiznya yang kecil.
2) Keputusan untuk tidak menunda kapal perang ini pada akhirnya menyebabkan peralatan dan komponennya dileraikan sedikit demi sedikit di suatu kawasan PERAIRAN ANTARABANGSA YANG DIISYTIHARKAN SEBAGAI WARISAN DUNIA dan TIADA mana-mana Negara terdekat (samada Malaysia atau Filipina) berhak untuk sebarang tindakan pemantauan serta penguatkuasaan. Apakah tiada kemungkinan sewaktu peleraian komponen dan peralatan tersebut serta tiadanya pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak berkuasa maka operasi untuk membekalkan peralatan senjata berat serta kelengkapan perang pihak penceroboh dibantu oleh "tangan-tangan ghaib" dari pentadbir kapal (kemungkinan besar SENGAJA tersadai) yang ada kaitan dengan pimpinan pembangkang tadi???
Semoga sahabat-sahabat pembangkang bertaubat dari bersekutu dengan pimpinan yang mempunyai agenda yang merosakkan Negara.
No comments:
Post a Comment