Saturday, January 7, 2012

ANWAR OPTIMIS MENJADI PM SEDANGKAN DAP KETAGIH JADI PM; MENGAWAL PAS DAN JATUHKAN PKR


  
Peranan Seorang Perdana Menteri adalah menjaga Negara dan bukan di dalam penjara untuk mentadbir rakyat. Dari Bacaan HM, kita dapat lihat PKR,khususnya Anwar  telah dimanipulasikan oleh DAP bagi menguasai sebahagian Negara Malaysia. Mereka tahu bahawa dengan cara Anwar akan disumbatkan ke dalam Penjara Sungai Buluh selepas keputusan 9 Januari 2012, akan memudahkan pergerakkan mereka memanipulasikan PAS bagi menguasai Negara kelak jika memenangi PRU 13 DAP Yakin jika kemenangan diperolehi PKR akan terumbang ambing dengan perebutan kuasa pemerintahan apabila ketiadaan Anwar mentadbir PKR.

Dengan bacaan ini, dilihat sekali lagi DAP akan mengunakan PAS sebagai agen meraih undi melayu setelah tumbangnya Empayar Anwar didalam menguasai Pakatan Rakyat. Pas akan dijanjikan dengan pelbagai keistimewaan untuk duduk didalam barisan exco dibeberapa Negeri yang akan dimenangi kelak dan DAP akan menabur janji-janji manis untuk membantu dari segi Dana dan Logistik kepada PAS. Cara ini akan melemahkan PKR didalam Pakatan Rakyat yang sememangnya akan sentiasa dipandang parti yang lemah dengan adanya 2 kumpulan yang sentiasa ingin merebut jawatan tertinggi yang diketuai oleh  Azmin Ali dan Khalid



Buktinya kita dapat lihat  semalam Anwar menyatakan hasrat dan menegaskan bahawa dia tetap akan menjadi Perdana Menteri biarpun di dalam Penjara atas tuduhan meliwat Saiful bukhari oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini sehingga Dia sanggup menyatakan hasrat Perdana Menteri Sementara akan dilantik.


DAP tidak akan memberikan muka kepada Anwar kerana mereka akan menyatakan bahawa biarkan anwar menjalani hukuman itu dan sehingga keluar,barulah dipertimbangkan jawatan Perdana Menteri. DAP tetap akan mempergunakan wakil PAS untuk mentadbir Negara kerana PAS mudah di ‘perkotak-katik’ daripada PKR yang diketuai oleh 2 Kumpulan; Azmin dan Khalid.

DAP sudah bergembira apabila khidmat Anwar Ibrahim sudah cukup digunakan dan sekarang pemimpin-pemimpin PAS pula akan menjadi mangsa.. Kita tunggu dan lihat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...