Tuesday, January 17, 2012

RANI FORWARD 'SMS' TAHNIAH JAWATAN EXCO PADA YUNUS, SULTAN RESTUI

Geng 'Parasit' PAS Kecewa - Dr. Ahmad Yunus Exco Baru Selangor




Gambar Adun Sijangkang Dr. Ahmad Yunus angkat sumpah sebagai exco baru negeri Selangor menggantikan Dr. Hasan Ali - nampaknya kecewalah geng-geng 'parasit' dalam PAS kerana calon yang mereka idam-idamkan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor.





Dikhabarkan Dr Rani telah menerima banyak ‘sms’ mengucapkan tahniah, akhirnya Dr. Rani ‘delete’ begitu sahaja sebab tidak direstui oleh Sultan Selangor sendiri.

Meskipun namanya dicadangkan oleh PAS Selangor, tetapi yang diangkat adalah Dr. Ahmad Yunus Hairi.




penulisan import timbalan ketua pemuda PAS selangor



Blog pembangkang yang mengatakan Rani paling layak


Kenapa Dr. Rani tidak direstui?


1. Dr. Rani sendiri pernah menyentuh soal isu tauliah apabila tauliah mengajarnya tidak diperbaharui oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lulusan doktor perubatan itu bertegas tetap mahu mengajar agama meskipun tauliahnya sudah tamat tempoh.


2. Malah beliau pernah mempersoalkan tentang langkah MAIS mengagihkan wang zakat kepada negeri Perlis hingga ia menarik perhatian Sultan Selangor yang bertitah bahawa adakah satu kesalahan untuk menyalurkan lebihan zakat kepada umat Islam di negeri lain termasuk Kelantan yang ditadbir pembangkang.


3. Dr. Rani tidak mampu memikul tanggungjawab yang berat dalam menjaga hal ehwal Islam, menjamin keutuhan perpaduan umat Islam terutama melalui institusi masjid dan surau selain memajukan lagi sistem pendidikan Islam di negeri ini kerana tindakan beliau sering menjurus tunduk kepada tekanan sekutu parti terutama DAP apabila berhadapan isu-isu melibatkan kepentingan Islam.


4. Dr. Rani pernah melarang ahli Pas menyertai Himpunan Selamatkan Akidah (Himpun) di Stadium Shah Alam yang turut disertai oleh Hasan sedangkan kepimpinan Pas tidak membuat sebarang keputusan sama ada melarang atau sebaliknya.


5. Begitu juga kepimpinan Pas negeri di bawah beliau tidak menunjukkan sokongan padu ke atas Hasan apabila timbul kes pemeriksaan sebuah premis yang didakwa sebagai gereja di Damansara Utama setelah dipercayai mempunyai unsur kegiatan memurtadkan umat Islam.

sumber:YY


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...