Saturday, January 7, 2012

MAAFKAN JAY TERSASUL SEBUT ANWAR PASAL AKTIVITI PM

Tengah sedap melayan Buletin tv3 malam tadi, Pembaca berita yang bernama Nur Jamalina yang juga adalah calon dalam dua kategori iaitu Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik bagi tahun 2010 membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri sebagai Anwar Ibrahim. Beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog twitter...





(diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu)


@JAYJAMALINA *tepuk dahi* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*


Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya, lantas Jay memohon maaf dengan berkata:


@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.

Saya  merasakan tindakan Jay betul segera minta maaf jika kita melakukan kesilapan, sesiapa yang mengikut berita tadi memang banyak cerita anwar ini, biasalah berita top pasal nak masuk penjara sungai buloh.


Yang penting Fans Najib Tun Razak akan menerima kemaafan tersebut, lagipon bukan Jay sebut nama penuh anwarpun dan Jay perlu berhati-hati didalam membaca berita pada lain kali, nanti tak pasal-pasal ambik cuti 2 bulan macam Wardina.


Mari kita tengok berita tadi:


         

1 comment:

Samsudin said...

kasehian, kena gantunglah ni, selamat tinggal TV3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...