Friday, January 20, 2012

MALAYSIAKINI AKAN DISAMAN OLEH KETUA UMB SEBAB....

Di bawah ini adalah dari rakaman podcast perdebatan berkaitan perjuangan maya & media sosial antara Pengerusi UMB, Tun Faisal Ismail Aziz & NGI, Hishamuddin Rais (TukarTiub) semasa membincangkan topik Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia kelolaan radio BFM 89.9 - The Business Station.

        


dipetik dari blog UMB-PPUM


Ini pula penjelasan Tun Faisal (klik!) mengenai fitnah oleh portal Malaysiakini:


Semalam selepas forum Budi Bicara Twitter Jaya, wartawan Malaysiakini, The Sun dan sebuah akhbar lagi telah menemu ramah saya mengenai perang siber dan cybertroopers UMNO. Malangnya semangat Budi Bicara Twitter Jaya tidak dihayati dengan baik menyebabkan kenyataan saya dilapor secara salah dan diambil di luar konteks. 

Malaysiakini menulis - 

"Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan."


Seingat saya, kenyataan saya adalah seperti di bawah;

Pertama, saya menyatakan dengan jelas bahawa Parpukari dan Papagomo adalah `independent bloggers' (blogger bebas) dan kita tidak boleh meletakkan sebarang syarat dan peraturan ke atas mereka kerana mereka bukan jentera parti. Saya ada maklumkan juga bahawa jangan kita mengikat perbincangan kita dengan sebarang nama tertentu. 

Kedua, saya hanya boleh menetapkan syarat dan peraturan kepada jentera parti, seperti mereka yang berada di dalam Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO; tetapi akhirnya sebagai blogger dan cybertroopers mereka mungkin ada pendirian mereka sendiri kerana mereka tidak memasuki alam siber kerana mereka mahu terikat dengan peraturan-peraturan tertentu. Apa lagi apabila kita sendiri bersetuju dengan dasar untuk tidak menapis dan menyekat kandungan di internet.

Jadi konteks yang betul mengenai kenyataan "Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," adalah ""Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal (independent blogger seperti) mereka?." 

Ketiga, sebagai independent bloggers dan cybertroopers yang bukan jentera parti mereka mempunyai pendekatan yang berbeza dengan jentera parti. Dalam keadaan tertentu mereka juga mengkritik dan menyerang pemimpin BN.

 Jadi kenapa kita hanya diminta mengawal mereka apabila mereka mengkritik dan menyerang pemimpin pembangkang?

Macam mana la kita nak berbaik-baik dan berbaik sangka di dalam alam siber kalau macam ni?


Sumber: 1Peluru



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...