Friday, January 13, 2012

#saveSelangor PERDANA MENTERI BERJANJI HAPUS KENAIKAN SEWA HARGA PKNS


Ada cadangan yang dibuat supaya Kerajaan pusat mengambil alih kompleks PKNS Selangor yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri, tetapi ini jawapan Datuk Seri Najib Razak:


“Kita akan berunding dengan kerajaan negeri dahulu, tetapi lebih mudah kita ambil alih kerajaan negeri kita akan selesaikan masalah kenaikan harga sewa”


Perdana Menteri hadir ke PKNS adalah untuk mendengar rintihan rakyat terutamanya peniaga akibat janji-janji palsu PKR terbongkar sepanjang ditadbirnya. Peniaga ditindas bagi menjaga laporan audit kerajaan negeri Selangor, Adakah PKR mampu mentadbir?kita sudah dengar banyak masalah yang timbul tidak dapat diselelsaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor dan kita dapat lihat bahawa janji-janji yang ditunaikan gagal dilaksanakan malah menipu rakyat bahawa mereka boleh mentadbir negeri dengan baik selama hampir 4tahun.


Sila Klik sini jika ingin melihat bantahan Peniaga PKNS: SINI


“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini."


“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.


“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” 



Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.


“Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini,”


HM: SUDAH TIBA MASANYA KITA SELAMATKAN SELANGOR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...