Friday, January 6, 2012

AZMIN PENIPU RAKYAT 901: TIADA SYARAT BERHIMPUN HANYA PERTIKAIAN TEMPAT KUMPUL!


Sewaktu sidang media di HQ keadilan semalam, Azmin memberikan taklimat bagi perhimpunan aman 901;

PERSOALAN:
Soalan: Betulkah Polis benarkan pengajur teruskan perhimpunan dengan guna slogan BEBAS ANWAR?

AZMIN: Tiada syarat yang penting perhimpunan aman…


Nampak sangat Azmin cuba berbohong demi meracuni rakyat berkumpul selamatkan anwar.Dari Ketua Umum sampai ke pencacai semuanya penipu?

Nota: Hanya budak-budak PR yang senang ditipu dan diperbodohkan sahaja percaya bahawa Polis akan membenarkan PR mengadakan Perhimpunan Aman di tapak letak kereta mahkamah di Jalan Duta TANPA sebarang syarat. Sebab itu saya mempertikaikan penggunaan perkataan `rally' oleh akhbar The Star tengah hari tadi. Pada kefahaman saya yang dibenarkan adalah 'assembly' selari dengan semangat Akta Perhimpunan Awam yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini. Jadi, jika PDRM memberi kebenaran, sudah tentu kebenaran ini diberi berdasarkan peruntukan-peruntukan dan syarat-syarat yang digariskan di dalam akta yang dibentangkan tempoh hari.

Kedua, kenyataan PDRM semalam menyatakan bahawa perhimpunan aman dibenarkan tetapi bukan di Jalan Duta. Tentu sahaja akan ada perundingan berlaku sehingga penganjur dibenarkan untuk menggunakan tempat letak kereta mahkamah di Jalan Duta. Dalam satu-satu perundingan, sudah pasti akan ada syarat-syarat yang dikenakan.

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, syarat-syarat dari PDRM dalam perundingan tadi adalah seperti berikut:

10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan. 

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut. 

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

SUMBER:tunfaisal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...