Monday, February 25, 2013

APA MAKSUD TANGGUNGJAWAB DIHATI NIK AZIZ




Apakah erti "Tanggungjawab" yang selalu diajar di sekolah pondok, madrasah, Sekolah Kebangsaan pada suatu ketika dahulu. Adakah Nik Aziz lupa bahawa segala tindak tanduknya merosakkan PAS dan PAKATAN itu sendiri dengan menyatakan bahawa penerima BR1M sama seperti binatang?

Adakah Nik Aziz dan PAS lupa bahawa segala yang diungkapkan oleh Nik Aziz itu adalah dipertanggunjawabkan keatas orang yang menyatakan sesuatu kenyatan tambah lagi seorang Pemimpin yang disebut-sebut sebagai Mursyidul Am PAS yang disegani oleh Ahli-ahli setia PAS?

Adakah Nik Aziz lupa bahawa kenyataan itu dilontarkan bagi mengejar kedudukan dan pangkat ke Putrajaya memberikan ruang kepada ahli-ahli PAS yang menerima BR1M menyumpah-nyumpah Nik Aziz kerana tersinggung dengan kenyataan yang dibuat?

Adakah Nik Aziz lupa bahawa melukakan hati manusia itu berdosa?

Adakah Nik Aziz lupa bahawa pemimpin yang salah membawa fitnah itu akan diseksa dan ditimbang tara kelak?

Kepada Nik Aziz, Lupakah kamu tentang:-

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Mari bersama-sama kita fikirkan adakah kita perlukan pemimpin seperti ini...

.................................................................................................................................................................

PAS perlu bertanggungjawab dengan kenyataan Mursyidul Am mereka mengatakan bahawa penerima BR1M sama seperti lembu dan ayam yang memakan jerami padi serta hampas kelapa.

PAS diminta oleh Timbalan Perdana Menteri supaya mengeluarkan fatwa baru bahawa menerima BR1M juga adalah haram, seperti kenyataan beliau kepada BERNAMA.

Bagi Sangkakala, ada benarnya juga dengan apa yang dikatakan oleh TPM memandangkan mereka (PAS) yang mengeluarkan kenyataan dan mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka perkatakan sebelum ini.

Penerima BR1M bukan sahaja dari kalangan orang orang UMNO malah ianya juga diterima oleh ahli PAS dan beberapa bekas ADUN PAS juga dikatakan menjadi penerima skim bantuan kerajaan tersebut.

Jadi dalam perkara ini Hadi awang perlu mengeluarkan fatwa atau apa juga sekalipun kenyataan sama ada menyokong kenyataan Nik Aziz atau sebaliknya.

Dan kepada ahli ahli PAS yang menerima BR1M, mereka juga perlu menuntut penjelasan dimana kedudukan mereka selaku penerima BR1M, sama ada mereka ini tergolong didalam golongan seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz atau pun bukan seperti yang diminta oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi.

Sumber:Sangkakala9

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...