Thursday, February 28, 2013

DAP DABIK DADA TAWAN MALIM NAWAR SEBELUM PRU13

Belum lagi PRU13 bermula,belum lagi dibubarkan parlimen, DAP sudah mendabik dada mengatakan sudah memenangi di kawasan Malim Nawar dengan harapan orang cina menyokong DAP pada PRU13 kali ini.

Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar berkata DAP meramalkan akan memenangi Malim Nawar akibat pertambahan peratusan pengundi Cina.

V Sivakumar telah lupa bahawa isu Keshvinder yang mewakili penduduk Malim Nawar melompat parti telah mendapat restu penduduk Malim Nawar kerana meluat dengan DAP yang tidak kotakan janji kepada Penduduk malim Nawar. Pusat Khidmat DAP dikhabarkan tidak bergerak aktif sepanjang penggal ini dengan wakil barunya yang datang dari orang luar kawasan jarang memberikan layanan yang baik terhadap komuniti setempat.

.Jika V Sivakumar tidak melihat perkara itu secara kasar,mungkin DAP akan berkubur kerana BN telah mula menyusun strategi mendapatkan kembali kawasan Malim Nawar ini.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...