Keseluruhan GLC termasuk perniagaan berkepentingan dan bukan berkepentingan adalah titik tolak kerajaan di dalam membantu usahawan-usahawan Bumiputera supaya mengejar paras ekonomi yang ditekankan dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB).
DAP sejak dari dulu cuba menidakkan perkembangan GLC kerana dikhuatiri Bumiputera akan menyaingi perniagaan orang cina sedangkan Kerajaan memperkuatkan Bumiputera supaya Bumiputera dapat mengimbangi Kestabilan Ekonomi dan mempercepatkan kepesatan kemajuan negara.
DAP memang bijak didalam menentukan manifesto dengan membayangi oleh entiti Anwar Ibrahim memperjuangkan hak bumiputera sedangkan DAP tamak untuk menguasai ekonomi Negara dengan mengikis sedikit demi sedikit perkembangan GLC.
Akibat rakus dan tamak DAP didalam meletakkan manifesto melupuskan perniagaan bukan berkepentingan GLC menyebabkan pembangunan Bumiputera yang bergayut di badan GLC akan merudum dan tidak mampu berdaya saing di dalam negara mahupun luar negara.
Perlupusan ini juga mampu mengugat prospek pekerjaan yang dinamik didalam GLC apabila kerajaan tidak berkuasa kelak untuk bersuara apabila orang-orang DAP sudah memonopoli didalam urusan GLC.
Akhirnya,bukan sahaja bumiputera tidak dapat membina syarikat yang mampu menyaingi didalam kecekapan perniagaan malah penurunannya ketelusan akibat rasuah berleluasa.
Yang penting GLC perlu dipertahankan demi pembangunan Bumiputera.Pakatan Rakyat adalah pakatan yang menghancurkan Pembangunan Negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment