Tuesday, February 26, 2013

TOL LEBUHRAYA PEMBANGKANG JEJAS EKONOMI NEGARA MENJELANG PRU13

Penghapusan tol manifesto pembangkang dijanjikan lagi pada PRU13 mampu membebankan kerajaan dengan terpaksa mengeluarkan duit rakyat yang dikutip dari cukai pintu dan lain-lain; sebanyak hampir 50 Bilion ringgat sebagai pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya di Negara ini.

Pembangkang cuba lagi bermain persepsi dan menyentuh perkara-pekara yang mampu membebankan negara dan rakyat hanya untuk kepentingan meraih undi untuk ke menikmati Putrajaya sedangkan pada waktu ketika dahulu mengutuk keras tentang pembangunan putrajaya.

HM melihat pembangkang sudah ketandusan idea yang bernas dan tiada fikiran yang waras sedangkan kita dapat lihat idea-idea yang tidak bernas pada 2008 seperti turun tarif air di kedah masih tidak tertunai malah meningkat 10peratus

Pembangunan negara bukanlah hanya tertumpu pada penggunaan lebuh raya tetapi aspek pendidikan,kesihatan dan kebajikan perlu diberi keutamaan di dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

29 syarikat konsesi yang bergerak cergas di seluruh negara memberikan ribuan peluang pekerjaan,dan sekiranya ditamatkan,maka makin ramai yang akan menganggur dan meningkatkan inflasi serta menjejaskan ekonomi negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...