Tuesday, February 26, 2013

PENDUDUK TAIPING SAKIT HATI DENGAN WAKIL RAKYAT PAKATAN

"Kami memang tak puas hati sebab kini tanah lot milik penduduk di sini dipecahkan-pecahkan pada lot yang lebih kecil berbanding sebelum ini"

Inilah luahan pengerusi surau Nurul Huda Kampung Aulong Lama,Syed Abu Hassan Syed hamid.

Beliau berkata,penduduk dakwa lot tanah mereka menjadi kecil apabila menerima geran baru-baru ini.

Kampung ini terdapat kira-kira 60 rumah dengan jumlah kapasiti 300orang penduduk,kesemuanya merungut dengan perkara yang sama.

Perkara ini menimbulkan rasa kurang senang penduduk kerana apabila lot tanah mereka menjadi kecil menyebabkan sebahagian rumah mereka telah memasuki tanah orang lain. Penduduk dikhabarkan telah tinggal hampir 30Tahun jadi memang tak wajar tindakan seumpamanya ini dilakukan.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe telah mengakui bahawa dia tahu perkara itu tetapi lansung tidak diendahkan sebagai wakil rakyat

Jelas perkara tersebut berlaku sejak Pakatan Rakyat mula memerintah lagi dan masalah ini berlarutan sehingga kini.

Penduduk mengharapkan siasatan lanjut daripada pihak SPRM perlu dijalankan kerana difahamkan ada sebahagiannya diberikan pada kroni-kroni pakatan.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...