Tuesday, February 26, 2013

PINDAAN AUKU ZAHIRKAN MAHASISWA KRITIKAL BUKAN MAHASISWA MONYET -TUNFAISAL

"Kita nak bawa aspirasi tulen,bukan catur,bukan tidak.Nak ke mahasiswa yang panjat pagar,hantar memorandum jam 2 atau 3pagi sambil menjerit-jerit macam monyet"

Itulah yang disebut oleh Saudara Tun Faisal,Bekas aktivis pergerakan mahasiswa yang inginkan mahasiswa masa kini membawa aspirasi yang benar-benar menyuarakan hak sebagai rakyat dan bukannya seperti monyet melompat-lompat di luar pagar universiti selepas diberi kebebasan berpolitik menerusi pindaan Akta Universiti Kolej Universiti(AUKU).

Konteks politik,kebebasan yang diberikan adalah untuk mengelakkan mahasiswa menjadi lesu,berlaku kebejatan atau jumud didalam sesuatu perkara mengenai isu-isu semasa.

Walaubagaimanapun beliau menegaskan pada yang yang sama kita tidak mahu mahasiswa kita membawa isu politik beremosi atau tidak rasional lansung merosakkan imej sebagai mahasiswa, sebaliknya kita mahukan mahasiswa yang dinamik dan bijak berdiplomasi tanpa sebarang konfrontasi yang boleh membawa pepecahan dan akhirnya mencalarkan nama baik sebagai mahasiswa univerisiti.

Dan sebab itulah 'nature' AUKU bersifat melindungi kerana secara dasarnya fokus mahasiswa adalah untuk mendapatkan segulung ijazah serta merealisasikan tujuan utama ke universiti.

Memang secara dasarnya,kita sudah fahami setiap Universiti telah menggariskan panduan dan akan menyemak jenis persatuan yang diikuti oleh mahasiswa supaya mereka berada di dalam kelompok yang betul tetapi bukanlah panduan itu menyekat pergerakkan mahasiswa didalam kebebasan berpersatuan.

AUKU dipinda adalah untuk menzahirkan mahasiswa supaya membolehkan pergerakkan mahasiswa menyentuh dan mempelajari isu-isu politik semasa tetapi biarlah dengan cara yang betul.

Tambahan Beliau, jika kita mahukan Mahasiswa kritikal,Biro Tata Negara (BTN) adalah tempat latihan yang terbaik untuk melahirkan mahasiswa kritikal

HM merasakan bahawa sebab itulah kesemua mahasiswa yang melanjutkan pengajian ke luar negara perlu menghadiri latihan BTN supaya menjadikan mahasiswa yang mampu berdaya saing.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...