Monday, January 9, 2012

TIDAK BERPIHAK KEPADA SAIFUL, MAHKAMAH TETAP ADIL

Kita dapat lihat bahawa diam terus Pakatan rakyat yang suka menfitnah badan kehakiman Negara ini yang dianggap badan yang zalim dan tidak adil, Jelas kemenangan Anwar Ibrahim menunjukkan Sistem Kehakiman kita tetap adil walaupun sedikit kita kesal bahawa Saiful kalah dalam kesnya hanya disebabkan bukti teknikal yang tidak cukup.



Mari kita rujuk kenyataan Tun Faisal:

Keputusan tidak berpihak kepada mangsa rogol dan liwat #bebasAnwar901 #Justice4Saiful

Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Unit Media Baru merakamkan rasa simpati terhadap Saiful Bukhari Azlan berhubung keputusan yang dibuat oleh dalam perbicaraan kes Liwat II.

Namun dalam masa yang sama keputusan hakim membebaskan Anwar Ibrahim membuktikan bahawa mahkamah serta hakim di Malaysia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi UMNO.


1. Saya bersimpati dengan Saiful Bukhari dan mangsa rogol dan liwat lain yang berkemungkinan mahu membawa kes mereka ke mahkamah di masa hadapan. Saya rasa pelik dengan penghakiman tetapi biarlah kita baca penghakiman penuh terlebih dahulu sebelum membuat lebih banyak kenyataan.

2. Apapun rakyat Malaysia perlu mengakui hakikat bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah adil dan tidak berpihak. Jelas pemimpin-pemimpin PR berbohong dan memfitnah apabila mereka menuduh bahawa Hakim, mahkamah dan kerajaan BN tidak adil.

3. Berbeza dengan pemimpin dan penyokong PR, pemimpin dan penyokong BN lebih sivil dalam menghadapi keputusan ini. Bagi kebanyakan pemimpin BN, ini adalah soal dan masalah peribadi di antara Anwar Ibrahim dan Saiful. Apapun terjadi khidmat kepada rakyat dan persiapan untuk menghadapi PRU13 perlu diteruskan.

4. Sedangkan berdasarkan rekod, pemimpin dan penyokong PR hanya akan menerima keputusan penghakiman yang menyebelahi mereka. Jika penghakiman tidak menyebelahi mereka, rekod menunjukkan mereka akan bertindak luar batasan, termasuk melakukan kekacauan dan menyerang sistem kehakiman.

5. Adakah ini kemenangan rakyat? Err, Peguam Anwar, Karpal Singh pernah menimbulkan bahawa insiden antara Anwar dan Saiful adalah perlakuan suka sama suka. Jika itu kesnya, maka adakah rakyat menang jika pemimpin mereka seorang peliwat?

6. Dalam kes Anwar - Saiful, Anwar adalah pemimpin manakala Saiful adalah rakyat. Rakyat tewas?

Sumber: DOUBLE Y

2 comments:

Megat Hakim said...

apa yg adilnya? Orang rasuah just belas ribu kena penjara sampai 3 tahun. Khir Toyo rasuah sampai berjuta-juta. penjara setahun je. heh...poyo je lebih

Cikgu Di said...

Adil lah tu ...bila ketua pembangkang terlepas kata Mahkamah adil..sampai nak solat syukur dan puasa sunat....kan....kalau takdir dia kena lokap kat Sg.Buluh tentu melalak tak adil...kan..kan...kan..maka adillah tuuuuuuuuuuuuuuuuuu.? HEE>>>HEEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...