Thursday, February 28, 2013

KAJI SELIDIK MERDEKA CENTRE DIPERTIKAI

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan Kajian Merdeka Centre mendakwa hasil kajian selidiknya kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN.

Kajian Merdeka Centre menunjukkan jurang diantara sentimen pengundi ke atas Najib,kerajaan persekutuan dan BN.

Kita dapat lihat daripada kajian yang dibuat kurang daripada separuh responden berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Persekutuan sebanyak 48% dan BN sebanyak 45% dan inilah yang menunjukkan trend kosisten sejak setahun yang lepas.

Kajian dibawah juga boleh dipersoal dengan:-

1.Berapa orang sampel?
2.Siapa yang menjalankan kajiselidik?
3. Cara persampelan?
4.Jumlah sampel yang dibuat?
5.Siapa yang menjadi sampel?
6. Kawasan mana yang dijadikan sampel?

Tengku Adnan berkata, maklum balas yang diterima apabila kerajaan memberi bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga berbeza.

"Kita dapat lihat, di kawasan saya (di Putrajaya) , bila saya beri daripada RM500, dan anak bujang. Saya amat kagum, mereka pertama kali terima RM250, ada yang peluk saya (kerana) kerajaan prihatin dengan masalah dia, kepada mereka yang gaji bawah RM2,000 dan bujang.

"Persoalan daripada kaji selidik itu, kami nak tahu tentang persampelan. Maksud saya, untuk bersikap adil kepada kami. Pada kita, parti kita pun buat survey juga.

"Kita juga tahu dengan adanya BRIM dan bantuan RM250 (untuk orang bujang) sedikit sebanyak rakyat tahu kerana kerajaan prihatin dengan keperluan mereka," katanya.

Mengulas kenyataan Najib mengenai peranan media baru pada PRU 13, Tengku Adnan menegaskan ada pelbagai media sosial BN berbanding usaha yang dijalankan pembangkang.

"Cuma hit mereka, hit kita (tidak sama), kerana kita ada media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar. Jadi mereka tak tengok laman web kita," katanya.

Bagaimanapun katanya, walaupun ramai melihat web pembangkang tetapi rakyat semakin bijak menilai usaha-usaha dilakukan kerajaan BN.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...