Apalagi mahu dibuktikan didalam Banner yang tergantung di Gugusan Manjoi baru-baru ini. Terang-terangan bukan UMNO punca banner ini tergantung tetapi mereka mengaburi rakyat dan ahli-ahli yang telah mereka sesatkan dengan merampas harta rakyat dengan istilah Sumbangan Dana Pilihanraya.
Sumbangan apa lagi yang mereka mahu, sedangkan waktu mereka mentadbir, habis balak ditebang,tanah digadai sehingga mencabut hak - hak peneroka di Gua Musang.Adakah masih tidak mencukupi?walhal yang kaya raya adalah DAP Perak yang cukup - cukup pandai membonekakan Nizar Jamaluddin sehingga terbogel sebagai Sarkas Menteri Besar Perak.
Ahli-ahli PAS benar-benar diperkotak katikkan sehingga dana perlu diraih sedangkan pemimpin-pemimpin PAS kaya raya bergembira bersama DAP Perak.
Perlunya kesedaran tentang kebangkitan yang dibuat hanyalah retorik dan hanya untuk merampas duit rakyat dan hak anak-anak untuk bekal ke sekolah. Tetapi mereka rakus merampas mengunakan Dana Pilihanraya.HM melihat dan mempersoal,adakah tidak cukup dana yang dikutip dari 2008?sebanyak manakah duit yang diperlukan? Pemimpin-pemimpin mereka tetap kaya raya dengan kereta yang mewah.Janji yang dibuat tidak ditunai tetapi duit rakyat dirampas.
Fikir-fikirkanlah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment