Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama Kerajaan Negeri Perak lancarkan inisiatif baru untuk 237,971 Pelajar dan 25,531 guru sekolah seluruh perak didalam program pembelajaran terbaru Kerajaan Negeri menerusi talian 'Ezlearn2U'.
Talian ini adalah sebuah program pembelajaran yang disasarkan kepada murid tahun 6,yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) serta tingkatan 1 hingga 6 diseluruh perak.
Program talian ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri yang disediakan melalui peruntukan RM2.5juta dan percuma kepada golongan sasar dan akses disediakan akses kepada panduan dan tuisyen atas talian terus kepada pelajar.
Inisiatif program ini juga menjadi satu pendekatan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan pendidikan di seluruh Perak dengan kos perlaksanaan yang rendah.
Portal ini adalah kerjasama Kerajaan Negeri,Jabatan Pelajaran Perak, KPerak Inc.
Bengkel Mind Mapping yang diasaskan oleh Yayasan Perak dan Jabatan Pelajaran Perak juga adalah salah satu inisiatif bagi membantu Pelajar Sekolah Menegah memahirkan diri dalam mata pelajaran Sejarah,Matematik Tambahan, dan fizik dengan aplikasi mudah dan fleksibel melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT)
Program ini juga diyakini oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir dan mampu diperluaskan ke peringkat Pusat kerana hanya kos minimum yang diperlukan bagi guru-guru dan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
ade lg produk social learning baru www.pencil.my
Post a Comment