Thursday, February 28, 2013

MANIFESTO MAT JENIN PEMUDA PAS PERAK DITIPU

Sudahlah hudud dan royalti tidak masukkan dalam manifesto seperti yang diharapkan oleh PAS, tiba - tiba Pemuda PAS bangga dengan 10intipati penting kononnya untuk menawan hati orang muda.

Naib ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar Al-hiss berkata langkah itu memberi jaminan terhadap peranan dan keperluan anak muda di era perubahan sedangkan bahawasanya intipati itu adalah janji kosong oleh Pakatan didalam menipu dan memperalatkan PAS supaya memerima manisfesto itu walhal mereka tahu ketidakseimbangan dana perbelanjaan dan dana pendapat negara.

Mereka lupa apabila kesemua 10 intipati dan salah satunya hapus PTPTN dan menyebarkan pendidikan percuma tetapi dalam masa yang sama cukai-cukai kerajaan turun turun. Sudah pasti dana perbelanjaan yang banyak untuk dibelanjakan menjadi punca Negara menjadi Defisit.

Apabila negara menjadi defisit sudah pasti Kerajaan mereka akan menaikkan cukai yang mendadak dan menjadi beban kepada rakyat.

Pemuda PAS sepatutnya melihat keadaan ini secara menyeluruh dan bukannya melihat kepada janji-janji kosong yang ditaburkan hanya ingin memegang kuasa.

Pemuda PAS patut bangkit menyuarakan tentang akidah dan soal modal insan yang tidak lansung disentuh dalam manifesto.

Sejauh mana Pemuda PAS boleh berfikir,hanya menggangguk kepala sahaja pada DAP dan PKR.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...