Thursday, February 28, 2013

NIZAR JAMALUDDIN MUNAFIK

Mohammad Nizar Jamaluddin sudah mula membuat onar dilumut dengan menyeru rakyat Perak menolak konsep Ketuanan Melayu dengan mengatakan konsep ini sudah tidak relevan dan perlu dihapuskan di dalam arus politik Negara.

Sudahlah pada krisis politik Perak pada 2009 pemimpin PAS ini pernah memohon 'sembah derhaka' kepada Sultan Perak. Boleh pula dia mengatakan kepada orang melayu di Lumut bahawa konsep Ketuanan Melayu yang diamalkan sejak 55tahun lalu hanya menanam sifat kebencian sesama kaum.

Kuliah magrib yang disampaikan oleh Nizar ini nampak keterlaluan dan menguris perasaan orang melayu di seluruh Perak. Sepatutnya nizar tidak perlu mengungkit isu jika memerlukan undi orang Melayu,lagi sekali Pemimpin PAS membuat kesilapan didalam meraih undi orang melayu tetapi mengagung-agungkan DAP dan PKR yang sudah pasti menghapuskan Angan-angan PAS untuk menjadikan Negara malaysia,Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Sudah lupakah Nizar tentang perkara itu?Tanpa Ketuanan Melayu,PAS Mustahil dapat mempertahankan Agama Islam di Negara ini.

Nizar perlu mencerminkan diri supaya jangan bercakap tanpa menilai sentimen yang menguriskan hati orang melayu. Majoriti orang Islam di Malaysia adalah orang Melayu, maka perlunya menjaga sentimen orang melayu kerana Nizar juga adalah orang Melayu.

Janganlah Marahkan nyamuk,Kelabu dibakar; Nizar perlu melihat kembali kepada perkara asas. Dia pernah dilantik Menteri Besar atas kerana dia adalah seorang melayu. Janganlah merendah-rendahkan martabat bangsa.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...