Monday, February 25, 2013

PAKATAN CADANG LUPUS PEMBEKAL UTAMA NEGARA BAGI KEMUDAHAN AWAM STRATEGIK DAN PERKHIDMATAN #ManifestoBukanJanji


Intipati konvensyen pakatan yang membentangkan isu melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan(GLC) yang terbabit dalam perniagaan bukan berkepentingan nasional kepada pengurusan GLC melalui kaedah mengambil alih oleh pengurusan menunjukkan bahawa DAP mempergunakan Anwar Ibrahim melupuskan kekuatan GLC tetapi memberkuatkan Perniagaan Ekonomi orang-orang cina disamping menidakkan Keadilan yang dilaung-laungkan.

Keseluruhan GLC termasuk perniagaan berkepentingan dan bukan berkepentingan adalah titik tolak kerajaan di dalam membantu usahawan-usahawan Bumiputera supaya mengejar paras ekonomi yang ditekankan dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB).

DAP sejak dari dulu cuba menidakkan perkembangan GLC kerana dikhuatiri Bumiputera akan menyaingi perniagaan orang cina sedangkan Kerajaan memperkuatkan Bumiputera supaya Bumiputera dapat mengimbangi Kestabilan Ekonomi dan mempercepatkan kepesatan kemajuan negara.

DAP memang bijak didalam menentukan manifesto dengan membayangi oleh entiti Anwar Ibrahim memperjuangkan hak bumiputera sedangkan DAP tamak untuk menguasai ekonomi Negara dengan mengikis sedikit demi sedikit perkembangan GLC.

Akibat rakus dan tamak DAP didalam meletakkan manifesto melupuskan perniagaan bukan berkepentingan GLC menyebabkan pembangunan Bumiputera yang bergayut di badan GLC akan merudum dan tidak mampu berdaya saing di dalam negara mahupun luar negara.

Perlupusan ini juga mampu mengugat prospek pekerjaan yang dinamik didalam GLC apabila kerajaan tidak berkuasa kelak untuk bersuara apabila orang-orang DAP sudah memonopoli didalam urusan GLC.

Akhirnya,bukan sahaja bumiputera tidak dapat membina syarikat yang mampu menyaingi didalam kecekapan perniagaan malah penurunannya ketelusan akibat rasuah berleluasa.

Yang penting GLC perlu dipertahankan demi pembangunan Bumiputera.Pakatan Rakyat adalah pakatan yang menghancurkan Pembangunan Negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...