Wednesday, February 27, 2013

PAKATAN PERAK GUNA TAKTIK LAGA-LAGAKAN PEMIMPIN DAN 'PECAH DAN PERINTAH'

Tergugat pakatan pembangkang semakin kelihatan sehingga terpaksa mencipta pelbagai tohmahan dan pembohongan untuk melaga-lagakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) termasuklah di Negeri Perak

Pembangkang yang tiada pilihan dan jalan keluar ketandusan isu kerana tidak mampu menahan gelombang Biru Barisan Nasional yang kian menyinar di seluruh negara

Memang cara pembangkang yang suka menunjukkan kononnya BN tidak persefahaman dan muafakat siap memperkatakan bahawa pemimpin BN bertelagah sesama sendiri walhal seluruh pemimpin negeri sudah menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir

Mereka menunding jari kerana mereka sudah tiada perpaduan dan kesepakatan diantara mereka seperti konvensyen Pakatan baru-baru ini menyebabkan mereka di ambang ketakutan untuk melihat bayangan mereka sendiri. Mereka gusar dan tergugat apabila melihat gelombang ribut lautan biru BN daripada rakyat Negara ini.

Prestasi BN Perak secara umunya adalah baik diperkatakan berdasarkan kemampuan kepimpinan negeri mengembalikan keamanan dan kestabilan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...